Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 12, 2012

80 Peratus Peneroka Melanggan FGV


Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang hari ini diberitahu bahawa lebih 80 peratus peneroka di seluruh Pahang melanggan saham Felda Global Ventures (FGV).

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, peratusan itu mewakili 34,730 peneroka yang melanggan saham FGV melalui pembiayaan bank dan hanya lima peneroka sahaja yang melanggan saham melalui pembiayaan sendiri.

"Daripada jumlah keseluruhan peneroka Felda di Pahang hanya 8,388 (19.45 peratus) peneroka sahaja yang tidak melanggan saham berkenaan.

"Saham FGV bertujuan memberi peluang peneroka mendapat keuntungan secara berterusan, selain pendapatan hasil kerja ladang saja," katanya menjawab soalan Datuk Abu Bakar Harun (BN-Chini).

Abu Bakar ingin tahu berapakah jumlah peneroka Felda yang melanggan saham FGV di Pahang.

Adnan dalam pada itu berkata, penerbitan saham itu merupakan salah satu usaha bagi menambah pendapatan warga peneroka. - Bernama

0 comments:

share2