Raub: Datuk Seri Najib Razak meminta rakyat mensyukuri nikmat keamanan dan ketenteraman yang berjaya dikekalkan Barisan Nasional (BN) sejak memerintah negara 55 tahun lalu.
Perdana Menteri berkata, rakyat pelbagai lapisan kecuali generasi muda pernah merasai kesusahan pemimpin BN terdahulu menangani ancaman besar dalam mengekalkan keamanan dan ketenteraman awam.
Beliau berkata, nikmat keamanan dan ketenteraman itu sebenarnya adalah hasil pengorbanan pahlawan negara yang sanggup menggadai nyawa dan berkorban untuk mempertahankannya demi kepentingan generasi sekarang.
“Keamanan dan ketenteraman yang dikecapi sekarang ini dibayar dengan darah... ini semua untuk rakyat Malaysia.
“Banyak dugaan yang terpaksa diharungi untuk wujudkan suasana aman dan tenteram seperti sekarang,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama lebih 10,000 penduduk Kampung Gali Tengah di sini, malam tadi.
Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong merangkap Ketua Umno Bahagian Raub, Datuk Shahiruddin Ab Moin.
Selain itu, Najib turut mengumumkan pembinaan kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) bernilai RM230 juta di daerah ini yang dijangka siap tiga tahun akan datang.
0 comments:
Post a Comment