Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 8, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Keputusan Semasa Sepak Takraw Wanita


KUANTAN - Ketika ini, juga sedang berlansungnya perlawanan Sepak Takraw kategori Wanita mengikut kumpulan.

Bagi Kumpulan A, pasukan Kedah berjaya menewaskan Perak 3-1. Dalam perlawanan kedua, Kedah gagal mengatasi Wilayah Persekutuan apabila mereka tewas 2-3.

Dalam satu lagi saingan Kumpulan A, Perak berjaya mengalahkan Sarawak 3-2. Namun Sarawak berjaya menebus kekalahan tersebut dengan menewaskan Selangor 3-0.


Bagi saingan Kumpulan B pula menyaksikan tiga perlawanan diantara Kelantan bertemu Terengganu dan Pulau Pinang bertemu Sabah.

Kelantan kelihatan garang dengan mengatasi Terengganu 3-0 manakala Pulau Pinang pula berjaya menundukkan Sabah 3-0.

Saingan Kumpulan B masih lagi berlansung ketika ini. Keputusan terkini akan disiarkan kemudian.

0 comments:

share2