KUANTAN - Acara perlawanan Hoki peringkat kumpulan masih diteruskan lagi hari ini bagi kategori lelaki dan wanita di Padang Hoki Sukpa dan di Wisma Belia 2.
Bagi kategori Wanita, sebanyak 6 perlawanan telah berlangsung yang melibatkan Kumpulan A dan B.
Saingan kumpulan A menyaksikan pertembungan diantara Johor menentang Melaka dimana Melaka berjaya menewaskan Johor 4 - 0.
Manakala Pulau Pinang pula berjaya mengalahkan Selangor 1-0 dan Wilayah Persekutuan menang 2-1 ke atas Terengganu.
Kumpulan B pula menyaksikan perlawanan diantara Negeri Sarawak menentang Perak yang berkesudahan dengan kedudukan seri 1-1.
Negeri Sembilan yang bertemu dengan Kelantan pula dimenangi oleh Negeri Sembilan 1-0. Namun Pahang yang bertemu dengan Kedah hanya mampu sekadar seri 1-1.
Bagi kategori lelaki pula, sebanyak 3 perlawanan telah berlangsung di Wisma Belia 1 yang melibatkan pasukan Wilayah Persekutuan, Kedah, Pahang, Melaka, Sarawak, Johor, Selangor dan Perak.
Perlawanan diantara Sarawak bertemu Johor menyaksikan Johor berjaya mengatasi Sarawak 4-1 manakala Wilayah Persekutuan pula berjaya menumpaskan Kedah, 4-3.
Pertembungan diantara Selangor dan Perak pula menyaksikan Perak berjaya menumpaskan Selangor, 3-1. Malang buat pasukan Pahang apabila mereka tewas kepada Melaka 1-3 dalam saingan hari ini.
Turut hadir menyaksikan perlawanan Hoki di Wisma Belia hari ini ialah KDYMM Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ibn Haji Ahmad Shah.
0 comments:
Post a Comment