Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 8, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Acara Renang Di Mulakan Hari Ini

*Jadual Perlawanan Ini adalah tertakluk kepada perubahan oleh pihak Sekretariat
KUANTAN - Sesudah berlansungnya Majlis Perasmian malam semalam, Sukan Malaysia 2012 Pahang bermula dengan rasminya hari ini.

Aturcara jadual perlawanan dan pertandingan kian bertambah dengan permulaan acara - acara yang bakal dijalankan.

Salah satu diantaranya ialah acara renang yang diadakan di Pusat Akuatik Negeri. Antara acara yang dipertandingkan hari ini ialah Gaya Kuak Dada, Gaya Bebas, Rampaian Perseorangan, dan Kuak Lentang.

Selain itu, turut dipertandingkan ialah acara Boling Padang bagi kategori Single, Double, Triple dan Four di Pusat Boling Padang, SUKPA.

Dan semestinya acara yang menjadi tumpuan utama iaitu Bolasepak juga bakal berlangsung hari ini bagi pusing akhir sesi kelayakan. 

Perlawanan Bolasepak yang dimulakan seawal jam 8.00 pagi mempertemukan pasukan pasukan Perlis bertemu Brunei, Sabah bertemu Kedah dan Melaka bertemu Kelantan.

Bagi sesi petang pula, perlawanan yang bermula jam 4.45 petang bakal menyaksikan pertemuan diantara pasukan Negeri Sembilan menentang Wilayah Persekutuan, Sarawak bertemu Pahang, Pulau Pinang bertemu Terengganu dan Selangor bertemu Perak.

Keputusan terkini mengenai perlawanan Bolasepak akan menyusul.

0 comments:

share2