Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 2, 2012

Kerajaan BN Bina Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Berbanding Pakatan


BENTONG - Kerajaan Pahang akan membina lebih banyak rumah menerusi Program Perumahan Mampu Milik bagi membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan bawah RM3,000 sebulan memiliki rumah sendiri.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata sebagai perintis, sebanyak 76 rumah akan dibina di kawasan yang telah dikenal pasti di Kampung Kemahang, Lipis.

"Rumah yang mempunyai tiga bilik itu akan dibina secara pasang siap dalam tempoh terdekat ini. Projek seumpama itu akan diperluas ke kawasan lain di seluruh Pahang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Janda Baik, dekat sini.

Beliau berkata pejabat tanah dan daerah juga diminta mencari tapak sesuai bagi membolehkan projek itu dilaksana di daerah-daerah lain.

Sementara itu, Adnan berkata kerajaan negeri bersedia meluluskan permohonan tapak untuk membina rumah oleh rakyat di negeri ini jika ia tidak melibatkan kawasan yang diwarta untuk projek kerajaan negeri atau rizab sungai.

0 comments:

share2