Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 11, 2012

Tun Mahathir Dijemput Menjadi Penasihat Ekonomi


Perdana Menteri Yemen, Mohamed Salem Basendowah mempelawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi penasihat ekonomi khas negara itu.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Sana’a, Dr. Mahathir berkunjung ke Yemen pada Khamis bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung pelawaan Mohamed Salem itu.

Semasa lawatan itu, Mohamed Salem menganjurkan majlis makan tengah hari untuk Dr. Mahathir, diikuti satu pertemuan yang dihadiri bekas Perdana Menteri Yemen, menteri daripada parti pemerintah dan pembangkang, pegawai kanan kerajaan serta seorang pegawai Bank Dunia.

Kenyataan itu juga menyebut pemimpin Yemen tersebut menyifatkan pencapaian dan transformasi negara daripada ekonomi berasaskan pertanian kepada sebuah negara maju sebagai ‘Keajaiban Malaysia’.

“Beliau berharap untuk mendapatkan pandangan Dr. Mahathir berhubung cara untuk membina semula Yemen," katanya.

Menurut kenyataan itu, Dr. Mahathir mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman Malaysia dan dasar yang dilaksanakan sepanjang tempoh 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri.

0 comments:

share2