Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, June 20, 2012

Tiga Pejabat Nizar???


Terkejut juga mendengar cerita pasal Bekas Menteri Besar Perak ni. Bukan terkejut sebab pihak Polis geledah Pejabat dia. Tapi sebaliknya, bilangan pejabat dia tu.

Bayangkan la. Dia seorang sahaja ada TIGA pejabat. Punya la banyak!!! Tak cukup ke kalau pakai satu je? Kenapa perlu ada sampai 3?

Fikirkan. Kalau sebelum ini dia kata membida nombor pendaftaran kenderaan adalah satu tindakan membazir, adakah tindakan dia ni tak dikira membazir juga?

Untuk menguruskan sebuah pejabat, sudah tentu ia memakan belanja beribu - ribu ringgit sebulan. Kalau ianya didarabkan dengan tiga, tak ke banyak jadinya?

Kenapa tidak dia gunakan duit pengurusan pejabat tu untuk membantu menjaga kebajikan rakyat? Bukankah tindakan itu lebih baik dari bayar duit pengurusan pejabat?
JOHOR BAHRU - Polis Johor telah menggeledah tiga pejabat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kelmarin bagi tujuan siasatan berhubung kes Ahli Parlimen Bukit Gantang itu yang mempertikaikan bidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Ruslan Hassan berkata, hasil operasi itu, pihaknya merampas dua buah komputer dan sebuah telefon bimbit untuk siasatan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948.
"Pihak polis menggeledah kesemua premis terbabit selepas mendapat waran dari mahkamah," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Kosmo! difahamkan, pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hadir ke pejabat operasi Mohammad Nizar iaitu di Pejabat Badan Perhubungan Pas Negeri Perak, Ipoh; Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang, Taiping dan Pusat Khidmat Dun Pasir Panjang, Lumut.

0 comments:

share2