Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 18, 2012

Teori Max Weber Menghina Islam


KUALA LUMPUR -Teori Max Weber yang mengaitkan undang undang syariah sebagai faktor kemunduran umat islam adalah dakyah jahat yang menghina umat islam.

Felo Utama Institut Tamadun dan Pemikiran Islam Antarabangsa (ISTAC), Dr Muhammad Uthman el-Muhammady berkata, sejarah membuktikan undang undang syariah meliputi segenap aspek pentadbiran yang perlu dilaksanakan secara sistematik dan menyeluruh.

Ketegasan dan kesempurnaan undang undang syariah mampu menjadikan sesebuah negara itu cemerlang dan menepati konsep wasatiyah yang ingin diterapkan oleh kerajaan. Karl Emil Maximilian "Wax" adalah ahli politik, ekonomi dan sosiologi ternama Jerman dalam teorinya menyatakan bahawa agama membataskan individu daripada menjadi maju, termasuk islam yang mewajibkan penganutnya mematuhi undang undang dan hukum syarak sebagai addin atau cara seharian.

Teori itu kemudiannya dijadikan sebagai asas segelintir pihak mempertikaikan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara islam hanya kerana negara ini tidak mengamalkan hukum hudud sebagai sebahagian daripada proses perundangan.

"Malaysia adalah sebuah negara islam, dapat dilihat daripada pengiktirafan islam sebagai agama rasmi negara yang termaktub didalam Perlembagaan Persekutuan, dan pengajaran Rukun Islam dan Rukun Iman didalam mata pelajaran sekolah."

"Teori Max Weber itu adalah tidak betul. Ia menghina negara Malaysia, menghina umat islam malah menghina agama islam dengan jelas dan nyata. Jangan sama sekali kita menjadikan ia sebagai rujukan dari apa aspek sekalipun.

"Tiada yang sempurna di dunia ini, tetapi Malaysia berjaya membuktikan negara ini mampu membangun dan maju walaupun berlandaskan islam. Selayaknya Malaysia menjadi contoh kepada negara islam yang lain.

0 comments:

share2