JENGKA - Badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh bandar ini tidak akan berhenti daripada terus melakukan demonstrasi bagi menghalang tindakan pemaju 65 kedai baru di sini, menyerahkan premis terbabit kepada bukan Bumiputera.
Semalam, NGO berkenaan sekali lagi mengadakan demonstrasi di hadapan kedai terbabit selepas demonstrasi kali pertama diadakan pada 8 Jun lalu.
Antara NGO yang terlibat ialah Warisan Anak Pahang Sejati (Waps), Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu, Persatuan Usahawan Wilayah Jengka, Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu (Perdama) dan masyarakat setempat.
Pengerusi Perkasa Jengka, Ahmad Sabrey Idris berkata, pihaknya akan melakukan demonstrasi bersiri dan siri ketiga akan diadakan pada Jumaat ini di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah Jengka.
“Kami tidak akan berhenti selagi kami tidak berjaya menjelmakan bandar ini menjadi sebuah bandar yang Demonstrasi yang diadakan di hadapan bangunan kedai baru di bandar Jengka, semalam. majoritinya masyarakat Melayu.
“Kami juga tidak mahu pemaju menyangka perjuangan kami terhenti setakat ini sahaja kerana kami akan terus melakukannya sehinggalah matlamat sebenar kami tercapai, tambahan tiada sebarang tindakan daripada pihak berkuasa,” katanya.
Ahmad Sabrey berkata, selepas melakukan demonstrasi sebelum ini, pihak pemaju ada memberikan maklum balas.
“Pemaju terbabit memaklumkan kepada saya bahawa kesemua 65 lot kedai tersebut telah dijual kepada Bumiputera. “Kami tidak pasti sejauh mana kebenarannya, namun kami harap apa yang diberitahu adalah satu kenyataan yang betul dan bukan bertujuan untuk memutarbelitkan,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa perjuangan untuk mempertahankan Jengka sebagai bandar Melayu bukanlah berunsurkan politik. “Perjuangan ini tidak ada kena-mengena langsung dengan politik.
Asalkan mereka ini berjiwa Melayu, kami sarankan mereka turut serta dalam demonstrasi ini.
“Kami juga beri peringatan kepada mana-mana pihak supaya tidak mencampuradukkan perkara ini dengan politik, sekali gus mengganggu perjuangan kami ini,” katanya.
Penduduk, Anuarul Nizam Kechik, 37, berkata, penting mengekalkan Bandar Jengka sebagai bandar Melayu bagi memberi peluang kepada orang Melayu menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
“Kalau masuk peniaga bukan Bumiputera secara tidak langsung menyekat perkembangan perniagaan Melayu di sini.
“Tambahan pula, inilah satu-satunya bandar Melayu dan kita mahu mengekalkan bandar ini tanpa peniaga bukan Bumiputera sepertimana yang diamanatkan AlmarhumTun Abdul Razak,” katanya kepada Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment