Pilihanraya Umum ke-13
kali ini akan menyaksikan tempoh masa kempen selama 10 hari minimum, akses
penuh bagi media kepada semua parti-parti politik dan undi pos untuk media,
pekerja pilihanraya dan juga rakyat yang berada di luar negara, menurut
Suruhanjaya Pilihanraya.
Panel SPR, yang
ditemui kelmarin, telah bersetuju untuk melaksanakan kesemua cadangan yang
dibuat, juga termasuk 22 cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa
Khas Parlimen.
Pengerusi SPR, Tan Sri
Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan akan perkara tersebut dalam satu kenyataan.
Suruhanjaya tersebut
telah melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dibawa oleh jawatankuasa itu
di dalam laporan mereka.
Berkenaan dengan
cadangan lain yang diketengahkan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen, tujuh
daripada panel yang terlibat telah bersetuju untuk melaksanakan kajian
terhadap perlaksanaan cadangan tersbeut.
"SPR kini sedang
bertungkus-lumus dalam menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan
PRU. Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti proses pilihanraya
selaras dengan rangka kerja undang-undang dan keupayaan kami untuk
melaksanakannya, " kata beliau.
Bagi tempoh untuk
berkempen, Abdul Aziz berkata bahawa SPR akan menentukan perihal tersebut dalam
satu mesyuarat khas setelah Parlimen dibubarkan dan juha tarikh-tarikh penting
bagi PRU-13.
SPR juga telah
bersetuju untuk mengambil beberapa langkah penting supaya setiap parti dan
calon boleh mendapat akses yang adil kepada media. "Untuk perkara ini,
kami akan mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua parti bagi membingcangkan
akan hal ini," tambah beliau.
SPR juga telah
bersetuju untuk menambah jumlah kemudahan undi pos untuk digunakan oleh rakyat
yang berada di luar negara. "Cara ini adalah cara yang paling sesuai.
Setiap undi yang dibuat akan dihantar ke pegawai-pegawai negeri bagi mereka
yang sudah mendaftar sebagai pengundi,"
Bagi media pula, SPR
menyatakan bahawa mereka perlu memohon untuk undi melalui pos kepada pegawai di
kawasan masing-masing dan permohonan mereka perlulah disahkan oleh majikan
mereka.
Bagi pekerja
pilihanraya pula, suruhanjaya tersebut berkata bahawa mana-mana pegawai
pilihanraya yang bertugas semasa hari pengundian dijalankan, mereka boleh
membuat undi secara pos.
Bagaimanapun, SPR akan
memberi lebih perhatian bagi mereka yang bertugas di kawasan pengundian.
"Pengundi-pengundi ini akan membuat undian mereka di tempat kerja,"
kata beliau.
0 comments:
Post a Comment