Gambar Hiasan |
Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) memberikan tempoh tiga hari kepada parti-parti politik supaya menurunkan bendera parti yang dipasang di sekitar daerah itu.
Yang Dipertua MPT Datuk Tariff Abdul Rahman berkata selepas tempoh itu, pihaknya akan bertindak menurunkan semua bendera yang dipasang itu.
"Sekalipun pilihan raya umum ke-13 diramal semakin dekat, ia masih terlalu awal untuk pasang bendera-bendera parti," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata tindakan itu diambil bagi memastikan bendera atau pemasangan poster dan kain rentang itu tidak mengganggu lalu lintas dan membahayakan pengguna jalan raya.
"Kami minta kerjasama semua parti politik supaya menurunkan bendera masing-masing yang memenuhi kawasan tumpuan awam," katanya.
Beliau terut berkata semua parti politik yang ingin menggantung kain rentang, poster dan bendera semasa pilihan raya nanti perlu memohon permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), bukannya MPT.
0 comments:
Post a Comment