BUAT julung-julung kalinya dalam sejarah, Anwar tewas dalam perang propaganda media untuk menjatuhkan imej dan reputasi kerajaan dalam soal penganjuran demonstrasi haram Bersih 3.0 ini.
Dek kerana terlalu kerap menggunakan pendekatan yang sama setiap kali mengadakan demonstrasi, Anwar tidak langsung mengambil tahu pelbagai pendekatan baru yang digunakan kerajaan dan polis – kesilapan yang akhirnya memakan diri sendiri.
Sekarang fahamlah penulis kenapa ketika Bersih 2.0, polis mengunci Kuala Lumpur, tapi dalam Bersih 3.0, polis tidak mengambil pendekatan sedemikian. Penulis yakin polis mahu mencuba dan melihat pelbagai pendekatan untuk mematahkan demonstrasi yang sedang dan akan berlangsung.
Mungkin kalau boleh diputar semula masa, Anwar mungkin mengambil keputusan membatalkan Bersih 3.0 kerana jelasnya ia mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan kepada Pakatan haram yang dipimpinnya.
Kesilapan yang pertama ialah apabila imej video menunjukkan Anwar mengarahkan para perusuh merempuh halangan polis untuk ke Dataran Merdeka. Itu sahaja menjadikan Anwar seorang penjenayah kerana melanggar perintah Mahkamah Majistret yang menghalang demonstrasi diadakan disitu (Dataran Merdeka).
Pusinglah macam mana pun, video tersebut memang arahan Anwar untuk para perusuh merempuh halangan polis kerana tidak lama selepas berbalas-balas isyarat dengan Azmin, sekatan polis dirempuh para perusuh.
Itu yang pertama.
Kesilapan yang kedua bila sidang media Anwar yang sepatutnya menjadi medan Anwar memfitnah polis dan kerajaan dengan pelbagai dakwaan tidak berasas, bertukar menjadi peristiwa memalukan bila seorang peserta Bersih 3.0 memberanikan diri masuk ke dalam ibu pejabat PKR untuk mempersoalkan kejadian pada hari tersebut.
Yang mempersoalkan itu bukan pula orang Melayu tapi orang Cina – kaum yang diwar-warkan sedang memberikan 100% sokongan kepada Pakatan haram pimpinan Anwar walaupun beruk yang diletakkan sebagai calon.
Kesilapan yang ketiga ialah bila imej perusuh menyerang kenderaan polis sehingga hancur menjadi tatapan jutaan rakyat yang kesal dengan kejadian seumpama tersebut. Tidak kurang juga imej perusuh menendang anggota polis yang sedang jatuh, turut menjadi hiasan hampir kesemua media arus perdana.
Tuduhan Anwar mengenai keganasan polis kurang disokong oleh gambar dan video, kalau ada pun lambat mengambil tempat. Sementara imej dari pihak polis pula menderu-deru masuk pada hari kejadian tersebut berlaku pun!!
Anwar tidak tahu yang polis telah memenuhkan lokasi perhimpunan dengan CCTV dari pelbagai sudut bagi memudahkan operasi penyuraian perusuh. Kalau dulu, semua pun dipantau melalui visual dari helikopter, tapi sekarang semuanya dilakukan di darat.
Tidak hairan kenapa pergerakan polis begitu teratur, dimana kelompok-kelompok ini berkumpul dan bersembunyi pun dapat dihidu oleh pihak polis. Selepas rusuhan yang besar gagal, ada beberapa cubaan oleh anak jahanam Nurul Izzah dan Tian Chua untuk mengadakan siri rusuhan kecil, tapi itupun dapat dipatahkan pihak polis.
Semuanya kerana koordinasi dari banyak pembaharuan yang diperkenalkan pihak polis.
Dek kerana terlalu tertekan, pemimpin Pakatan harami terpaksa menuduh polis sebagai pihak yang bertanggungjawab ke atas semua insiden tersebut, termasuk menuduh ada dikalangan anggota Unit Amal PAS yang dikatakan menyamar untuk membuat kecoh!!!
Macam itu punya parah ya. Macam mana pemimpin PAS tidak boleh kenal dengan unit ‘jaga’ mereka sendiri pun penulis kurang pasti. Kalau jumlahnya ribuan sangat, takkan dikalangan mereka tidak sedar siapa yang menyamar dan siapa yang tidak?
Dari satu sudut yang lain, lihat sajalah bagaimana mudah pemimpin PAS seperti Salehudin Ayub yang membuat tuduhan tersebut mencuci tangan, melepaskan kesalahan kepada penyokong bawahan mereka.
Semua inilah yang buat Anwar tewas dan rakyat menang!!
Sumber : MYKMU
Satu analisa dan rumusan yg sgt baik. BN kena role role role semua ini. Kalau perlu cetak bebanyak gambar kekejian perusuh ni..masa kempen PRU esok..tambah lagi..bg rakyat kesal dgn pakatan haram ni..