Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 14, 2012

TRANFORMASI: MENGIRAI MUSUH DALAM SELIMUT, MEMBUANG DURI DALAM DAGING

Gambar hiasan


BN tewas dibeberapa negeri dan sokongan rakyat terhadap UMNO juga terhakis pada PRU12. Kegagalan pemimpin dalam menjangkakan impak dari peranan media sosial dikatakan adalah salah satu jadi penyebabnya. Selain itu yang lebih utama adalah sikap pemimpin-pemimpin sendiri dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat dan menangani isu-isu semasa. Kesempatan ini diambil dengan bijak oleh pembangkang dengan mencipta spekulasi dan memburukkan kerajaan dan pemimpin dengan berbagai fitnah melalui pelbagai media sosial.

Namun masa berubah, para pemimpin sudah menyedari dan mengakui peranan media sosial sebagai penyebar maklumat zaman ini, justeru para pemimpin UMNO / BN (sebilangannya) sudah berusaha keras untuk bersama dalam jaringan media sosial dan bersama-sama rakyat menentu arahtuju dan aspirasi kerajaan juga membentuk fikiran rakyat dalam keadaan kecelaruan maklumat yang tidak terkawal sekarang ini.

Natijahnya kita hari ini melihat DS Najib dengan gagah berani berdiri dihadapan kita bukan saja sebagai pemimpin kerajaan bahkan sebagai pemimpin kepada Tentera Siber pro Kerajaan. Di Pahang sendiri, Dato Mohd Sharkar Shamsudin memegang tugas dan tanggungjawab berkenaan dengan jayanya dengan bantuan Dato Shahaniza Shamsuddin, dan sudah tentu dengan mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh YAB DSD Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang. (Rujuk Sini)

Kelemahan didalam UMNO khususnya bukanlah datang dari luar, ini diperakui ramai. Dimana-manapun masalah dan kelemahan UMNO adalah dari dalam, dari orang UMNO dan bahkan pemimpin UMNO itu sendiri. Mujur transformasi yang dilaksanakan Oleh YAB DS Najib ini berjalan lancar. Kita melihat dengan sendirinya air berpisah dari minyak serta musang berbulu ayam juga sudah menjauhi sereban ayam.

Untuk teruskan kekuatan dalam UMNO adalah mengenali musuh dalam selimut serta mereka yang menjadi duri dalam daging kepada UMNO. Mujur di Pahang ada seorang ahli politik yang sudah tahu dimana tempatnya yang seharusnya dia berada dengan meminggirkan diri dari UMNO untuk bersama-sama dengan DAP. Itu adalah tindakan terpuji untuk dirinya sendiri dan dalam masa sama memberikan kebaikan untuk UMNO (Rujuk Pahang Daily Online).

Tidak ada gunanya UMNO ada pemimpin yang merasakan dirinya besar namun gagal dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat seterusnya gagal menjadi pemimpin rakyat. Malah mereka menjadi bebanan kepada parti. Seeloknya lah mereka pergi dengan kehendak sendiri dan mungkin nanti akan kembali semua apabila sudah bersedia dan merasakan darah UMNO meresap keseluruh jiwa mereka. Sebaiknyalah 'Penyangak-penyangak UMNO' itu meminggirkan dirinya dari parti. (Baca Sini)  atau kecewa dan merana begini (Sini).

0 comments:

share2