Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 1, 2012

KONVENSYEN EKONOMI NEGERI PAHANG 2012

 DSD MB Pahang semasa sidang akhbar sejurus selepas ucaptama beliau.


Selama dua hari ini, bermula semalam, Unit Perancang Ekonomi Negeri dibawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri menganjurkan 'Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012' bertempat di Hotel Zenith, Kuantan.

Program in turut dihadiri oleh YAB DSD Haji Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang dimana beliau telah menyempaikan ucaptama pada majlis berkenaan pagi semalam.

Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk; Menghebahkan mengenai perancangan pembangunan ekonomi Negeri selaras dengan visi YAB Perdana Menteri melalui EPT, NKEA dan NKRA. Mendapatkan input dan maklumbakas 'stakeholders' ke atas perancangan dan pembangunan ekonomi Negeri serta menarik pelabur untuk melabur dalam sektor-sektor bernilai tinggi di Pahang.

Konvensyen Ekonomi ini membuktikan bahawa ilktizam Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan YAB DSD Hj Adnan Yaakob yang tinggi dalam usaha memaju dan membangunkan ekonomi negeri selaras dengan slogan Pahang Menjana Transformasi.

9 Bengkel dari 9 Sektor utama diadakan bagi membincangkan serta membuat rumusan halatuju pembangunan ekonomi negeri yang mampan bagi Negeri Pahang pada tahun-tahun mendatang. Sektor-sektor berkenaan adalah; Pembuatan, Pertanian, Pelancongan, Infrastruktur & Perumahan, Pendidikan & Latihan Kemahiran, Utiliti & Teknologi Hijau, ICT & Bioteknologi, Pembangunan Luar Bandar dan Seni Kreatif.

Hari ini, program akan berakhir dengan Jamuan Tengahari setelah Pembentangan Rumusan 9 Sektor oleh Moderator Utama dan Perbincangan Panel serta Sesi Perkongsian dan Soal Jawab dan Ucapan Penggulunggan oleh YAB Menteri Besar Pahang.


 Sebahagian peserta Konvesyen















0 comments:

share2