Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 29, 2012

Keselamatan Pintu Masuk Negara Diabaikan?

Untuk sekian lama, rakyat Malaysia tertipu dengan kawalan keselamatan negara terutama melalui pintu masuk negara. Ini dibuktikan dengan Jawatankuasa Kabinet Pelancongan boleh mengeluarkan arahan kepada pihak berkuasa Imigresen pada tahun 2006 supaya tidak nmelakukan pemeriksaan keatas orang asing yang mahu masuk ke negara ini.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar New Straight Times minggu lepas mengenai wujudnya pekeliling sedemikian (klik sini). Amat menghairankan bagaimana keselamatan negara ini boleh diperjudikan semata mata ada pihak tertentu yang begitu kemaruk mahukan pelancong asing masuk ke negara ini.

Kementerian Pelancongan saban tahun begitu berbangga dengan jumlah kemasukkan pelancong asing kenegara ini tetapi saban tahun juga pihak berkuasa tempatan seperti polis terpaksa berhadapan dengan pelbagai kes jenayah yang melibat "pelancong asing" ini.


Oleh itu tidak menghairankan mengapa pusat pusat maksiat yang didominasi oleh warga China, Indonesia, Thailand dan juga Vietnam bahkan juga Rusia dan juga Afrika bertambah banyak. Itu belum lagi dicampur dengan kes jenayah seperti dadah, penipuan online dan lain lain. Ini jelas menunjukkan kawalan keselamatan negara kita amat mudah dibolosi oleh penjenayah asing yang menyamar sebagai pelancong.

Beberapa bulan yang lepas pihak berkuasa tempatan seperti Rela dan juga Imigresen melancarkan operasi menjejak dan menangkap pelajar Afrika yang melanggar undang undang negara. Setelah melakukan operasi besar besaran, rakyat dikejutkan betapa ramainya warga Afrika yang tinggal di Malaysia dan menyamar sebagai pelajar sedangkan mereka sebenarnya melakukan pelbagai jenayah seperti menipu, pengedaran dadah dan pelacuran.


Kehadiran warga Afrika yang terlalu ramai menimbulkan suasana tidak tenteram kepada penduduk tempatan. Sikap mereka yang kasar serta kelakuan tidak senonoh menyebabkan berlakunya masalah sosial selain pergaduhan dengan penduduk tempatan. Mereka bukan sahaja tidak hormat kepada penduduk negara ini malah berani melawan apabila pihak berkuasa mahu mengambil tindakan keatas mereka.

Selepas operasi ini, barulah pihak Kementerian Pengajian Tinggi mengambil tindakan menghentikan pemberian visa ketibaan dan pas sosial kepada penuntut asing ke negara ini. Kementerian Pengajian Tinggi hanya mengeluarkan visa pelajar kepada penuntut asing selepas mereka menerima tawaran melanjutkan pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) kelolaan kementerian.

Apapun yang penting adalah kawalan keselamatan di pintu masuk negara amat perlu dititikberatkan. Kerana semuanya berpunca dari sana selain daripada jalan haram. Keselamatan negara khususnya rakyat amatlah penting. Jangan sesekali memperjudikan keselamatan rakyat hanya kerana mengejar statistik kehadiran pelancong tanpa mengambil kira tujuan sebenar mereka.

0 comments:

share2