Kita mendengar isu penyenaraian FGVH ditentang hebat diserata tanah rancangan, namun sebenarnya bukanlah para peneroka yang menentangnya. Ininya dilakukan oleh ejen-ejen politik parti pembangkang yang tidak hendak Felda berjaya dengan alasan itu akan menyusahkan mereka.
Apa lagi modal dan alasan yang ada untuk mereka berjuang dan mempengaruhi rakyat sekiranya para peneroka Felda akan mendapat untung yang banyak dari hasil penyenaraian itu kelak tanpa kehilangan apa-apa pun.
Para peneroka tidak akan hilang apa-apa kerana tidak ada sebarang cagaran yang melibatkan tanah para peneroka. Yang kerajaan lakukan adalah melibatkan hak-hak Felda yang tidak melibatkan para peneroka. Sepatutnya yang akan marah dan tidak menyokong isu berkenaan adalah para pegawai Felda yang selama ini mendapat banyak faedah dari keadaan itu.
Rahsia mengapa penyenaraian FGVH dihentam Pakatan terbongkar !!
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, berkata penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Saham kelak hanya akan merugikan pihak pembangkang, bukan warga Felda.
Menurutnya, pembangkang mengetahui undi di kalangan warga Felda akan merosot sebaik sahaja FGVH disenaraikan berikutan pelbagai hasil dan keuntungan yang akan dinikmati warga Felda hasil penyenaraian itu.
"Itu sebab mereka (pembangkang) memomokkan warga Felda dengan pelbagai tohmahan mengenai penyenairaian FGVH sebab mereka mahu rakyat menolak kerajaan pada pilihan raya umum akan datang," katanya lagi.
"Isu ini (FGVH) hanya dipolitikkan pembangkang, semata-mata untuk memecahkan undi warga Felda, sebab mereka tahu Felda merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN)," jelasnya lagi.
Beliau berkata demikian kepada wartawan selepas berucap pada Majlis Ramah Mesra dan Taklimat Isu Semasa bersama warga Felda Panching Selatan, di sini hari ini.
Ahmad yang juga Ketua Penerangan BN berkata pembangkang terdesak menggunakan isu FGVH untuk meraih undi warga Felda kerana mereka merangkumi 25 peratus undi daripada 222 kerusi di Parlimen, justeru, pembangkang perlukan jumlah undi itu untuk memerintah.
Bagi menyangkal segala tohmahan pembangkang mengenai isu itu, kerajaan katanya akan terus mengadakan 'roadshow' ke semua tanah rancangan Felda di negara ini bagi menerangkan kepada warga Felda mengenai keuntungan dan faedah yang akan diterima mereka termasuk jumlah durian runtuh yang bakal diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan.
"Jumlahnya tidak kurang dari BR1M, mungkin juga ribu-ribu, tapi tidaklah sampai puluhan ribu, yang penting warga Felda tidak akan rugi satu sen pun dari penyenaraian itu, malah macam-macam faedah dan keuntungan yang akan dinikmati kelak," katanya.
0 comments:
Post a Comment