Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 15, 2012

DEMO TOURISM - FUZIAH DIGESA BANTAH PENJUALAN BARANGAN BERASASKAN 'RARE EARTH'



Dalam satu sidang akhbar selepas merasmikan Konvensyen Ekonomi Negeri Pahang 2012 tidak lama dulu, DSD MB Pahang secara sindiran menyatakan beliau menyokong usaha pihak pembangkang menganjurkan sebarang demonstrasi dan himpunan kerana ini juga akan menjana ekonomi semasa bagi pengusaha penginapan dan makanan setempat. 

Namun tambahnya lagi usaha berkenaan hendaklah dilakukan dengan cara yang wajar, tidak menganggu keselamatan awam serta dengan memohon mendapat kelulusan dari pihak keselamatan. Beliau juga menyatakan bahawa kesediaannya dalam menyokong satu konsep baru dalam industri pelancongan yang dinamakan 'Demo Tourism'.

Fuziah Salleh berusaha keras dalam mendalangi banyak demo dan himpunan terutamanya 'Anti Lynas'. Mungkin kerana beliau kekurangan kerja dan tanggungjawab untuk dilakukannya sebagai Ahli Parlimen 'tidur' maka untuk mengalih perhatian dan membuktikan kepada rakyat bahawa beliau berbuat sesuatu, maka beliau melakukan sesuatu yang sangat mudah untuk dilakukan iaitu menjadi dalang dalam demonstrasi bagi memburukkan kerajaan.

Sudah banyak penafian yang menyatakan bahawa kilang Lynas yang akan beroperasi di Gebeng itu bukanlah reaktor nuklear namun beliau masih enggan percaya bahkan menghasut rakyat untuk membenci kerajaan yang berusaha keras meningkatkan ekonomi negeri dan pendapatan penduduk tempatan.

Banyak pihak juga telah memaklumkan kepentingan 'nadir bumi' kepada kehidupan masa kini serta bahan-bahan yang dihasilkan berasaskan 'nadir bumi' dalam berbagai industri pembuatan, namun beliau masih tetap mengelirukan fakta sebenar kepada rakyat. Bahkan tidak lama dahulu seorang pakar nuklear, Dr. Che Rosli, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat dengan tegasnya menyatakan bahawa kilang Lynas adalah selamat, namun pembangkang masih tetap bertegas dan menganggapnya berbahaya. (Klik Sini)

Jika benar Fuziah dan pihak pembangkang bersungguh-sungguh melakukan bantahan begini demi kepentingan dan keselamatan rakyat, patut juga satu demonstrasi membantah penjualan dan penggunaan barangan yang diperbuat dari bahan nadir bumi ini diadakan. Penduduk Kuantan adalah dijemput untuk menyertai satu demonstrasi jangan membeli dan menggunakan smartphones, ipod, enjin hibrid dan apa saja yang diperbuat dari 'nadir bumi'. 
(.....The industrial applications for rare earth products include high-tech electronic devices, computers, electronic motors, LCDs, DVDs, magnetic materials, magnetic memory chips, fibre optics, superconductors, mobile phone batteries, precision optics and many energy-saving environmental protection products. Refractory products are used extensively in heat-treatment facilities for petrochemical, steel metallurgy, non-ferrous metallurgy, glass, construction materials, chemical fertiliser and ceramics industries. Rare earth products of the Group are mainly exported to the United States of America, Japan, Europe and Korea, and its refractory products are mainly for domestic sales and export to Japan. Its client list includes names of international prominence, such as General Electric, Nippon Electric Glass, Siemens, Shin-et Chemical and Krosaki Harima, to name but a few............) (Klik Sini)




Kita akan lihat nanti adakah peniaga-peniaga barangan berkenaan yang mungkin selama ini menyokong Fuziah akan turut menyertai demonstrasi tersebut? Hakikatnya adalah ada segolongan orang yang membantah sesuatu kerana ianya tidak memberikan keuntungan kepada mereka, namun apabila mereka mendapat faedah daripadanya maka mereka akan melupakan perjuangan berkenaan dan tidak lagi mempertimbangkan kepentingan bahkan keselamatan rakyat yang selama ini kononnya diperjuangkan.

Kita tunggu dan lihat bila agaknya Fuziah akan mendalangi satu demonstrasi membantah penjualan dan pengunaan barangan berasaskan 'nadir bumi' sebagaimana akan dihasilkan oleh kilang Lynas itu kelak. Kita percaya tentu ramai peniaga-peniaga Cina di bandar Kuantan terutamanya peniaga smartphones dan ipad akan turut serta dalam demo berkenaan. Fuziah 'Thoron' ada berani ke?

0 comments:

share2