Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 27, 2012

DAP Semakin Benci Apabila Nilai Hartanah Dan Ekonomi Kuantan Meningkat


Nilai hartanah di Kuantan tidak terjejas malahan ia meningkat walaupun banyak publisiti negatif berkaitan isu kilang memproses nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Malaysia Sdn Bhd, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Katanya nilai hartanah seperti rumah dan pejabat komersial di beberapa lokasi terutamanya yang berdekatan dengan Gebeng seperti di Beserah , Balok dan Gebeng sendiri jelas menunjukkan peningkatan dan tiada laporan mana-mana pihak yang menjual hartanah kerana isu Lynas.

"Saya hairan di sebalik isu Lynas ini, nilai hartanah di Gebeng, Balok dan Beserah, terus meningkat, bukannya jatuh dan setakat ini tiada orang yang jual hartanah sebab isu ini," katanya selepas majlis pecah tanah pembinaan bangunan RD Prima Suite.

Beliau berkata sekiranya ada pihak yang mahu menjual mana-mana hartanah di kawasan tersebut, Kerajaan Negeri Pahang tidak akan teragak-agak untuk membelinya untuk dimajukan dengan palbagai projek rakyat.

"Aktiviti pembangunan hartanah di negeri ini khususnya Kuantan masih aktif dan ini menandakan keyakinan tinggi pelabur dan usahawan terhadap sektor hartanah dan iklim ekonomi yang sihat di Pahang," katanya.

Nilai hartanah masih tinggi, ini bermakna Lynas sememangnya tidak merbahaya. Jadi kenapa puak ultra kiasu DAP masih lagi marah marah kepada kerajaan negeri? Harap puak puak ini insaflah. Tak ada gunanya nak mensabotaj ekonomi negeri Pahang ni. Bumi Pahang ini masih ramai orang melayu. Ingat ini Pahang bukannya Penang ok.

0 comments:

share2