PENUBUHAN jawatankuasa Parlimen bagi membincangkan maklum balas rakyat berhubung dengan pembinaan kilang Lynas Advance Material Plant (LAMP) di Kuantan semalam, menandakan isu Lynas ini memasuki satu fasa yang sangat kritikal kepada Pakatan Rakyat sebagai pihak yang menjuarai isu ini sejak dari mula.
Walaupun menerima bantahan keras ahli Parlimen Pakatan Rakyat melalui tindakan keluar dewan (kecuali Dr. Che Rosli – PAS Hulu Langat), penubuhan Jawatankuasa ini bermaksud Pakatan Rakyat tidak lagi boleh mengandaikan yang kerajaan tidak memantau dan mengambil kira pandangan rakyat lanjutan daripada penubuhan Lynas di Malaysia.
Justeru, kepimpinan Pakatan Rakyat perlu mencatur strategi baru dalam menangani isu Lynas ini kerana penulis mendapat maklumat akan ada lebih banyak penglibatan pakar-pakar nuklear tempatan dan luar negara dalam menjelaskan isu Lynas ini melalui sesi pendengaran awam yang bakal diadakan Jawatankuasa terbabit.
Penulis ingin mencadangkan agar Pakatan Rakyat mengubah pendekatan yang bersifat teknologi dan saintifik kepada hal ehwal yang menitik beratkan keselamatan dan kesihatan rakyat. Justeru, tidaklah ada yang lebih layak mengetuai fasa baru gerakan penentangan Lynas ini melainkan YB Azan Ismail selaku ahli Parlimen Indera Mahkota dimana lokasi kilang tersebut terletak.
Lagipun, YB Fuziah Salleh (PKR-Kuantan) yang mengetuai gerakan itu sebelum ini semakin hilang kredebiliti apatah lagi setelah terdedah bahawa beliau sendiri duduk menetap di kawasan yang mempunyai reaktor nuklear!!
Ya, Fuziah mempunyai rumah di kawasan Bangi dimana reaktor nuklear milik Nuklear Malaysia (atau nama lamanya MINT) ditempatkan sejak puluhan tahun yang lalui. Kalau nak dibahaskan, reaktor nuklear milik Nuklear Malaysia ini dan sisa yang dihasilkannya lebih tinggi risiko radiokatif dan sinarannya tapi tidak mendapat perhatian Fuziah.
Sekarang pun penulis dengar cakap-cakap yang menyindir Fuziah dan perjuangannya membantah pembinaan Lynas ini semakin meluas di kalangan rakyat. - Sumber
Kalau mahu popular perlu bersikap JUJUR berasaskan bukti nyata bukan da'ayah tanpa sebab. ORANG KUANTAN tidak sebodoh itu.
Kita akan pilih yang jujur beri pertolongan kepada kami sebagai pemimpin.