Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 5, 2012

Umat Islam Perlu Bersatu - Tengku Abdullah Sultan Ahmad


Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad hari ini menyeru agar pemimpin politik di negara ini duduk semeja bagi membincangkan mengenai masalah umat Islam dan perpaduan ummah di negara ini.

Baginda bertitah, setiap pemimpin walaupun berbeza fahaman politik perlu berbincang dan bermuafakat mengenai perpecahan umat Islam yang dilihat semakin meruncing sejak akhir-akhir ini.

"Perpecahan di kalangan umat Islam menunjukkan satu situasi yang tidak sihat di dalam masyarakat.

"Jika ia dilaksanakan (perbincangan) ia akan menyejukkan hati umat Islam yang lain dan beta adalah orang yang paling bersyukur jika perkara itu menjadi kenyataan," titah baginda pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri Pahang di sini hari ini.

Titah baginda, perpaduan di dalam umat Islam boleh dicapai jika umat Islam memperbetulkan kesilapan dan kembali kepada prinsip perpaduan sebenar yang dianjurkan oleh Islam.

"Ini selaras dengan tema sambutan Maulidur Rasul hari ini iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah."Budaya dendam kesumat, buruk sangka juga tak harus dibiarkan terus menular di dalam masyarakat Islam kerana ia akhirnya akan meruntuhkan perpaduan umat Islam itu sendiri," titahnya.

Baginda bertitah, umat Islam perlu terus melakukan transformasi dari segi sahsiah dan ilmu dalam usaha memantapkan Islam dan memastikan ia terus relevan serta dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam.

"Harapan beta supaya Islam terus diperkasakan dan terus dipandang mulia oleh masyarakat bukan Islam.

"Semoga dengan transformasi sahsiah dan ilmu, Islam terus gemilang sepanjang zaman seperti yang pernah dikecapi empayar Islam satu ketika dulu," titah baginda. - BERNAMA

Harap dengan penyertaan Dr Hassan Ali bersama NGO dan juga UMNO, umat islam akan kembali semula bersatu. Nak harapkan Nik Aziz atau Imam Mehdi Syeikh Anwar Al Jub, jangan haraplah. Mereka berdua tu lagi nak lihat umat islam saling berbunuh adalah.

0 comments:

share2