Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, February 2, 2012

PAS MENIPU DAN DITIPU

Pemimpin dan pengundi Cina N10, DUN Damak


Ketua Penerangan Pas Pusat merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Datuk Dr. Hassan Ali  menubuhkan 'Jati' tidak akan memberikan kesan kepada Pas. Sedangkan hakikatnya pengikut Dr. Hassan Ali telah bersama dengannya sama ada dalam terang maupun didalam gelap meninggalkan Pas.

Kewibawaan Dr. Hassan Ali sebagai pejuang agama tentunya tidak dapat disangkal, justeru sewaktu beliau berada didalam Pas lagi beliau dihormati dan disanjung tinggi. Rakyat dan penyokong Pas melihat dengan jelas bahawa komitmen yang ditunjukkannya selama ini. Lantaran itulah, pemecatannya dari Pas telah mengecewakan ribuan pengikut beliau yang membawanya bersama-sama meninggalkan Pas.

Adalah satu penipuan yang jelas apabila Tuan Ibrahim Tuan Man berkata bahawa pemecatan Dr. Hassan Ali dan penubuhan 'Jati' tidak memberikan kesan langsung kepada Pas. (Klik Sini)  Mungkin kata-kata itu hanya bertujuan untuk memujuk hati penyokong-penyokong Pas sendiri serta mengekang kekecewaan dan kemarahan mereka terhadap tindakan pasti yang dianggap tidak berpatutan.

Dalam perkembangan lain, Datik Seri Dr. Ng Yen Yen menganggap sokongan kaum Cina terhadap Pas selama ini hanyalah satu penipuan terhadap Pas. Sedangkan hakikatnya kaum Cina langsung tidak terhadap keupayaan Pas dalam mentadbir dan memerintah. (Klik Sini)  Ini terbukti dengan apa yang ditunjukkan oleh kerajaan pimpinan Pas Kelantan dan Kedah yang gagal memacu ekonomi negeri selama ini.

Kaum Cina sudah tentunya lebih menjurus kepada kepentingan ekonomi dalam membuat pemilihan pimpinan kerajaan, justeru sokongan mereka terhadap Pas selama ini hanyalah kepura-puraan untuk mendapat sedikit  faedah sementara. Banyak pihak percaya bahawa dalam PRU13 nanti sokongan pengundi Cina akan kembali menyokong BN atas kepercayaan kemampuan BN mengekalkan kesetabilan ekonomi dalam menghadapi cabaran mendatang.

0 comments:

share2