Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 5, 2012

HASAN ALI TAK AKAN RAYU DAN TAK SERTAI 'KITA'




Datuk Dr Hasan Ali dalam kenyataan akhbarnya semalan menyatakan bahawa beliau tidak akan membuat rayuan kepada parti Pas berikutan isu pemecatannya baru-baru ini.  (Klik Sini)  "Beliau dipecat oleh Pas pada 8 Januari lalu dan mempunyai 30 hari untuk membuat rayuan. Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi membantah keputusan pemecatan beliau dengan menyifatkan tindakan itu diambil secara arbitari dan mengikut selera 'parasit' yang mahu beliau keluar Pas".

Beliau juga menyelar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz yang membuat kenyataan bahawa segala-galanya yang melibatkan dirinya telah selesai selepas Pertemuan Mahabbah di Kota Bharu pada 27 Disember lalu. Selain itu katanya; "Peranan parasit yang begitu menonjol dalam mesyuarat membuat keputusan tersebut sehingga pimpinan tertinggi terpaksa membuat keputusan di luar batasan pengurusan manusia dalam organisasi seperti lazim dilakukan.


"Saya juga tidak pernah menerima surat, pesanan ringkas atau panggilan telefon meminta saya hadir khusus untuk memberi keterangan terhadap apa-apa pertuduhan (sekiranya ada) yang dikenakan terhadap saya," kata beliau pada sidang media di rumahnya petang semalam.


Dalam perkembangan lain, Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menolak untuk menerajui Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) kerana perjuangan parti itu tidak selari dengan perjuangan beliau yang berlandaskan slogan "Islam, Melayu dan Institusi Raja" (IMR). (Klik Sini)

Kata Hasan, lagipun adalah tidak manis jika beliau pula tampil menerajui parti telah dipelopori oleh orang lain terlebih dahulu. "Biarlah Kita dengan Kita, saya dengan perjuangan saya," kata beliau lagi ketika mengulas desus-desas mengenai tawaran untuk mengetuai parti KITA.

0 comments:

share2