Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 22, 2012

Hasan Ali 'Serang' Kuantan

Orang ramai berebut-rebut bersalam dengan Hasan Ali sebaik sahaja selesai program Bicara Ummah di Jengka baru-baru ini.

Datuk Dr.Hasan Ali akan menghadiri program "Bicara Ummah" di Perkampungan Sg.Isap Kuantan pada 24 Februari 2012 (Jumaat) ini. Hasan Ali yang digelar 'kemuncup' oleh pembangkang sebelum ini telah hadir ke program Bicara Ummah di Dewan Tun Razak, Temerloh dan Mini Stadium Bandar Jengka.

Walaupun Hasan Ali digelar dengan 'kemuncup' tetapi segelintir penyokong PAS di Jengka takut kepada 'kemuncup' ini. Mereka bertindak secara tidak profesional apabila mengoyak dan menjatuhkan poster serta meletakkan poster di atas jalan raya agar dilenyek oleh kenderaan.

Semoga penyokong PAS di Kuantan bersikap terbuka dan profesional. Orang ramai di sekitar kawasan Parlimen Kuantan, Paya Besar dan Indera Mahkota dijemput hadir beramai-ramai.

0 comments:

share2