Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, February 4, 2012

HASAN ALI KETUAI KITA?



Datuk Dr. Hasan Ali dipecat dari Pas walaupun atas alasan dan cara yang kurang wajar terpaksa membawa haluannya sendiri. Namun, beberapa ribu pengikutnya diseluruh negara telah mengambil tindakan sama dengan sama ada mengikutnya keluar parti atau masih kekal dalam parti tetapi menjadi ahli pasif yang tidak lagi memberikan komitmen kepada parti.

Nampaknya Pas menerima impak yang besar dari pemecatan tokoh ulamak itu. Bagaimanapun seperti biasa, pemimpin atasan Pas akan memberikan alasan dengan berkata bahawa keluarnya Hasan Ali dari Pas tidak memberi sebarang kesan kepada keutuhan parti, namun itu semua adalah dusta belaka.

Dari pemerhatian kita, sejak Dr. Hassan Ali dipecat, beliau banyak mengadakan 'road show' diseluruh negara dan sambutah yang diberikan sangatlah menggalakan. Ini bolehlah kita sifatkan sebagai terjemahan dari simpati penyokong dan sokongan mereka kepada tokoh ulamak itu.

Berita terbaru yang kita dengar adalah adanya usaha dari kepimpinan KITA untuk membawa masuk Dr. Hassan Ali sebagai pemimpin KITA berikutan pengumuman Dr. Zaid Ibrahim untuk meninggalkan parti KITA seterusnya membubarkannya. (Klik Sini)

Seandainya kemasukan Dr. Hasan Ali kedalam parti KITA dan seterusnya dipilih sebagai pemimpin parti berkenaan, kita berpendapat ini akan dapat mengubah persepsi masyarakat terhadap parti berkenaan serta akan memberikan cabaran kepada parti Pas yang sudah tidak lagi memperjuangkan Islam sebagaimana yang dilaung-laungkan selama ini.

Pengumuman Nik Aziz untuk tetap kekal bertanding dalam PRU13 (Klik Sini) nanti juga memperlihatkan bahawa keangkuhan dan keinginannya untuk terus menguasai parti Pas sampai bila-bila. Nik Aziz yang dahulu pernah menegur Tun Dr. Mahathir konon sebagai pemimpin yang tamakkan kuasa dan ingin kekaal selama-lamanya berkuasa, namun hari ini beliau telah membuktikan bahawa beliaulah sebenarnya pemimpin yang tamakkan kuasa itu.

Perjuangan Pas yang sudah lari dari asas yang ditetapkan dahulu tentunya akan memberikan peluang besar kepada parti KITA untuk mencuri sokongan dari ahli-ahli Pas yang sudah tidak lagi percaya terhadap perjuangan parti berkenaan. Justeru, kemasukkan Dr. Hasan Ali untuk memimpin KITA dilihat sebagai satu fenomina baru dalam politik tanahair.

Datuk Dr. Hasan Ali akan berceramah di program 'Bicara Ummah' di Dewan Tun Razak, Temerloh Pahang pada 6hb. Februari akan datang jam 2.30 petang atas jemputan warga Temerloh yang inginkan mendapatkan penjelasan sebenar terutamanya dalam isu berkaitan pemecatan beliau oleh parti Pas.

1 comments:

  • Tok Batin Baling says:
    February 4, 2012 at 5:21 PM

    Datok Dr. Hasan Ali perlu berhati2, dalam keghairahan mengadakan Road Show beliau perlu menoleh kebelakang melihat kembali kesilapan2 yang telah beliau lakukan terhadap orang2 atau Tokoh2 yang beliau tidak sukai.

    Kita jangan sekali merasai kita ada kelebihan seandainya sekalipun kita mempunyai peluru dan senjata ampoh untuk mejatuhkan lawan, bagi orang yang tahu berfikir boleh menilai apa yang kita lakukan dulu, kini dan seterusnya, kerana sesuatu yang berlaku mungkin adalah sebagai satu natijah daripada apa yang pernah kita lakukan kepada orang lain...

    Dalam dunia Politik, sebaik mana kita sekalipun dan sebijak mana kita sekalipun nescaya kita tidak akan kemana2 seandainya kita bersaorangan, tanpa sokongan dan majoriti akhirnya kita akan terperosok dimamah kecundangan, didalam dunia politik kawan dan lawan akan sentiasa bertukar ganti.

    Awas.....! banyak bercakap, banyak pula kesilapannya..! Hubaya..Hubaya.

share2