Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, February 3, 2012

BR1M : Bukti Keprihatinan Kerajaan

Jangan Terpengaruh Janji Kosong Anwar

Sepanjang minggu lepas banyak Program Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M)diadakan di merata tempat di Negeri Pahang. Program tersebut telah bermula pada 15Januari 2012.Tempoh penyerahan baucar akan berjalan selama dua bulan, iaitu sehingga 15 Mac 2012.

Sehingga kini, banyak respon yang baik diterima dari masyarakat berbilang kaum yang menerima BR1M dan mereka memuji keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat kini dapat menilai pihak mana yang sebenarnya dapat membantu mereka. Rakyat selama ini seperti terpukau dengan janji-janji indah pembangkang tetapi sebenarnya mereka tidak mampu melunaskan janji-janji mereka.

YB DATO’ SERI AHMAD HUSNI HANADZLAH MENTERI KEWANGAN II dalam kenyataan medianya berkata "bagi pemohon yang lewat menyerahkan borang permohonan, Kerajaan telah membuat keputusan untuk melanjutkan tempoh penerimaan borang BR1M selama satu bulan, iaitu sehingga 10 Febuari 2012. Orang ramai masih boleh menghantar borang-borang permohonan BR1M di pejabat cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, sehingga tarikh tersebut".

Beliau juga berkata "bagi pemohon yang gagal, rayuan semula boleh dibuat. Kementerian Kewangan telah menyediakan format khas untuk rayuan BR1M yang boleh di dapati di pejabat cawangan LHDN dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan, serta dimuat turun daripada laman web Kementerian Kewangan (www.treasury.gov.my)".

0 comments:

share2