Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, February 21, 2012

Beza Kehadiran Muhyiddin dan Anwar Di Kuantan


Kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Jamuan Rakyat 1Malaysia di Pusat Rekreasi Pantai Balok Kuantan ternyata membawa perkhabaran gembira kepada kira-kira 20,000 tetamu yang hadir.Pada majlis tersebut, Timbalan Perdana Menteri, mengumumkan kelulusan beberapa projek pembangunan untuk kemudahan dan kesejahteraan rakyat di kawasan berkenaan berjumlah RM19.8 juta.

Antaranya, membina Masjid Chengal Lempong, Beserah bernilai RM4 juta; membina Dewan Serbaguna Kampung Peramu, Kuantan (RM1juta), menaiktaraf sistem perparitan di Kampung Nelayan Beserah (RM3.5 juta), dan pembinaan semula gerai serta pasar ikan di Beserah (RM6 juta).

Berbeza sekali dengan kehadiran Anwar Ibrahim ke Taman Mahkota Aman Kuantan baru-baru ini. Kehadiran Anwar dilihat sebagai 'touch n go' sahaja demi meraih kembali sokongan rakan pakatannya iaitu PAS selepas meletup isu sokongan Anwar terhadap Israel.Kenyataan Anwar yang berbelit-belit menyebabkan rakyat semakin menyampah terhadapnya. Anwar perlu menyahut kata dua Nik Aziz samaada menarik balik kenyataannya atau menyaman The Wall Street Journal.

Anwar sepatutnya minta maaf secara terbuka kepada semua umat Islam dan rakyat Palestin kerana mengeluarkan kenyataan kontroversi tersebut. Anwar perlu menarik balik kenyataannya secara rasmi dan jangan berdolak-dalik lagi.Kehadiran Anwar ke Kuantan tidak memberi apa-apa erti dan kebaikan kepada rakyat berbanding dengan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin, fikir-fikirkan lah.

0 comments:

share2