Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 6, 2011

Tuan Ibrahim Ketar Lutut Bila UMNO Berbai'ah!!!


Dalam usaha untuk mengejar kemenangan PRU akan datang nasib malang terus menimpa PAS kerana sekali lagi mereka dianugerahkan Ketua Penerangan yang ala-ala badut.
Jika dalam saf kepimpinan mereka yang lepas kita sering dihiburkan dengan kenyataan-kenyataan badut oleh Ketua Penerangan Pas ketika itu , Idris Ahmad. Manakala dalam saf kepimpinan sekarang sekali lagi kita dihiburkan dengan kenyataan-kenyataan yang bersifat badut juga oleh anak saudara Nik Aziz, iaitu Tuan Ibrahim Tuan Man. Seorang bekas pensyarah yang kalah di tangan seorang tangan penceramah dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden PAS.
Jika dulu Tuan Ibrahim boleh dikategorikan antara pemimpin PAS yang cerdik, tetapi semenjak tewas ditangan Mat Sabu , semakin hari dia kelihatan semakin kurang cerdik.
Dalam Sinar Harian hari ini Tuan Ibrahim berkata , ikrar taat setia yang dilafazkan oleh ahli-ahli Umno yang diketuai oleh Timbalan Presiden Umno beberapa hari lepas adalah bukti Umno mempunyai masalah dalaman.
Sumpah taat setia yang dilafazkan oleh semua perwakilan dan Ahli Majlis Tertinggi Umno semalam membuktikan parti itu sedang berdepan masalah dalaman di kalangan ahli.
Ketua Penerangan Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, masalah dalaman Umno dilihat begitu ketara sehingga memaksa ahlinya bersumpah untuk menyokong calon yang bakal dipilih pada pilihan raya umum akan datang dan ahli-ahli juga diminta untuk tidak mengkhianati calon tersebut.
“Tindakan ahli Umno melakukan sumpah taat setia ini juga secara tidak langsung telah memberi satu pengiktirafan terhadap apa yang Pas lakukan dahulu walaupun awalnya dicemuh dan dikritik oleh pimpinan Umno. Mereka juga akhirnya melakukan perkara sama,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Bagaimanapun menurut Tuan Ibrahim, sumpah antara Umno dan Pas begitu berbeza.
“Dalam Pas, kita lakukan sumpah bai’ah terhadap calon yang memenangi pilihan raya agar mereka tidak keluar atau lompat parti kerana mereka menang atas tiket Pas yang dipilih oleh rakyat. Sebaliknya, Umno melafazkan sumpah itu untuk tidak mengkhianati dan taat setia pada calon yang bakal dipilih oleh pucuk pimpinan parti untuk bertanding.
“Sumpah Umno ini lebih kepada pemilihan calon dan bukan dibuat kerana amanah yang diberikan oleh rakyat atau parti,” katanya.
Katanya, apa yang berlaku dalam Umno sekarang (masalah dalaman) tidak berlaku dalam Pas di mana isu berebut jawatan tidak wujud dalam parti itu.
Malah katanya, terdapat calon yang dipilih pucuk pimpinan datang semula dan mencadangkan nama calon lain yang difikirkan lebih layak.
Semalam, pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno, Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai ikrar taat setia kepada parti yang menyatakan sanggup berkorban jiwa raga dan harta benda bagi menjamin parti kekal di persada dunia. Selain itu, beliau juga meminta semua ahli memberi komitmen tanpa berbelah bagi dan bekerja lebih keras bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Jika Umno ada masalah dalaman sekali pun , itu buktinya mereka tidak hipokrit. Mereka tidak sorok masalah di bawah karpet. Mereka bincangkan secara terbuka dan berikrar secara terbuka.
Mana lebih sopan antara ikrar Umno dan baiah taklik yang dilafazkan oleh pemimpin-pemimpin Pas ? Umno sekadar berikrar, tetapi tidak menjadikan isteri sebagai taruhan politik sepertimana yang Pas lakukan.
Seseorang wakil rakyat keluar parti atau tukar parti adalah sebahagian dari demokrasi dan dibenarkan dalam undang-undang Malaysia. Tetapi Pas telah menyusahkannya dengan mengikat wakil-wakil rakyat mereka supaya bertaklik bagi mengelakkan mereka keluar atau tukar parti.
Tuan Ibrahim berkata baiah taklik yang dilafazkan oleh calon-calon PAS yang memenangi pilihanraya dilakukan kerana mereka menang atas tiket Pas yang dipilih oleh rakyat. Tetapi dalam isu 16 September pemimpin Pas antara yang bersungguh-sungguh menggalakkan wakil-wakil rakyat BN lompat parti. Kenapa pada masa itu mereka tidak ingat kepada rakyat yang memilih wakil-wakil BN ?
Tuan Ibrahim berkata masalah dalaman seperti Umno tidak berlaku dalam Pas. Apa cerita hubungan Haji Hadi dengan Nik Aziz dan apa cerita Hasan Ali dengan Khalid Samad ?  Tidak cukup dengan itu apakah nasib yang sedang menimpa Nasharuddin Mat Isa sekarang ?
Tuan Ibrahim cuba berbohong lagi dan pembohongan yang dilakukannya terang-terangan. Apakah seorang pemimpin parti islam tidak takut kepada dosa apabila melakukan pembohongan ?
Tuan Ibrahim berkata dalam Pas tidak wujud isu berebut jawatan.
Bukankah Tuan Ibrahim orang yang kalah berebut jawatan dalam Pas ?

1 comments:

  • AJAI62 says:
    December 6, 2011 at 9:36 AM

    Assalam Bro

    Apa salahnya nak berjanji... Tapi jangan ikut macam PAS... sampai menceraikan isteri...

share2