Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, December 22, 2011

Strategi Guna Pelajar Strategi Terdesak.

Dalam twitternya, Adam Adli mendakwa bahawa mereka tidak boleh dipandang enteng, ada 16000 orang lagi mahasiswa yang bersama mereka menyokong minta AUKU dihapuskan. Mereka sungguh yakin, 16000 mahasiswa ini mampu mengubah sejarah, mampu menjadi ejen kekalahan BN dalam PRU ke 13.

Anehnya, Adam Adli menafikan gerakan SMM ini didalangi oleh mana-mana parti politik. Kononnya segala tindakan mereka sepenuhnya atas kesedaran mereka sebagai mahasiswa. Selain gambar dia bersama Anwar, Adam Adli juga turut ditemani oleh Chegu Bard ketika membuat laporan polis. 

Kelibat Tian Chua juga turut kelihatan bersama-sama mahasiswa SMM menjelang peristiwa 'menurunkan bendera.' Seperti halnya BERSIH yang kononnya gerakan NGO, tangan-tangan PR tetap kelihatan dimana-mana dalam politik jalanan.

Menjebakkan mahasiswa kekancah politik akan merugikan mereka. Dalam twitternya juga, Adam Adli menyatakan pendapatan bapanya hanya sekadar RM 1000 saja sebulan, namun bapanya membelikan kereta kepadanya untuk perjuangannya melawan kerajaan. 

Apa akan jadi jika pihak UPSI menamatkan pengajian anak muda ini? Akan berlakukah revolusi yang mampu menumbangkan kerajaan dibantu 16000 mahasiswa yang didakwa Adam ada dibelakangnya? 

Adam memperjudikan masa depannya, dan taktik pembangkang menggunakan mahasiswa untuk menimbulkan huru-hara ini tidak wajar. Ia amat memalukan dan tidak bertanggungjawap.


0 comments:

share2