Ini jalan pelancongan atau sawah padi?
Kuala Lipis - Taman Rimba Kenong adalah satu destinasi Eko Pelancongan Negeri Pahang yang berpotensi tinggi untuk dimajukan. Namun kerana beberapa kelemahan pihak kerajaan serta agensinya telah membuatkan destinasi berkenaan tidak jadi destinasi popular.
Limpahan dari peningkatan kemasukan pelancong ke Taman Negara Kuala Tahan sepatutnya mampu membangunkan taman ini, namun kemudahan asas yang sangat terhad menyebabkan ianya diabaikan oleh pelancong.
Taman Rimba Kenong terletak di Daerah Lipis dan hanya kira-kira 32KM jaraknya dari bandar Kuala Lipis. Masalah utama taman ini adalah ketiadaan perhubungan jalan rayanya yang menyebabkan kesukaran bagi pera pelancong untuk berkunjung.
Hanya pacuan 4 roda saja yang mampu untuk melalui jalan sepanjang 32KM berkenaan dimana 18KM pertama adalah melalui jalan tar di Felda Kecau, 5KM berikutnya adalah melalui jalan Felda dan kilometer terakhirnya adalah melalui jalan hutan.
Jalan-jalan berkenaan juga menghubungkan Kuala Lipis dengan beberapa buah kampong tradisi antaranya Kg. Matuk dan Kg. Dusun yang sebelum ini penduduknya berhubung dengan melalui sungai. Seandainya pihak kerajaan berupaya membina jalan raya bagi menghubungkan Kuala Lipis dengan Taman Rimba Kenong, dalam masa sama juga mampu menyelesaikan masalah perhubungan beberapa ribu penduduk kampong yang selama ini dahagakan pembangunan.
Kita percaya bahawa dengan adanya jalanraya itu kelak akan dapat meningkatkan hasil pendapatan penduduk disekitar terutama dalam industri yang membabitkan pelancongan. Jalanraya menghubungkan Cameron Highland ke Kuala Lipis yang sudah siap dibina telah turut membantu mamacu dan menjana ekonomi masyarakat setempat dan dijangkakan turut mampu meningkatkan bilangan pelancong yang berkunjung ke taman berkenaan.

0 comments:
Post a Comment