Gerai makan di pesisir Sg Kuantan yang kelihatan kotor dan usang
Kerajaan Pahang perlu memberikan lebih tumpuan kepada pengindahan bandar Kuantan jika benar-benar ingin menjadikan Kuantan sebagai destinasi pelancongan mampan. Malangnya pihak MPK serta Pelancongan Pahang sendiri bagaikan terlepas pandang terhadap deretan premis perniagaan sepanjang Sungai Kuantan di 'Water Front' Kuantan sehingga ianya menyajikan satu pandangan yang menjijikan kepada pelancongan yang berkunjung.
Dalam Sidang DUN Pahang baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Hal-Ehwal Wanita Negeri mencadangkan beberapa sasaran bagi meningkatkan bilangan pelancongan berkunjung ke Negeri Pahang termasuklah akan memperkenalkan dan mempopularkan sukan berbasikal serta pelancongan kesihatan. Usaha berkenaan memang sangat dihargai, namun janganlah kerana ingin mengejar sesuatu yang baru maka kita membiarkan apa yang selama ini kita miliki.
Banyak produk sedia ada yang perlu kerajaan berikan perhatian dan gilap sepanjang masa. Taman Rimba Kenong di Kuala Lipis Pahang serta Tasek Bera adalah merupakan destinasi dan produk eko-pelancongan yang sangat berpotensi namun masih gagal dibangunkan sepenuhnya. Beberapa pendekatan baru harus diberikan perhatian dalam usaha membangunkan kedua-dua destinasi berkenaan dan yang lebih penting adalah kerajaan sendiri serta agensi-agensi yang berkenaan haruslah berusaha membangunkannya dengan lebih jujur lagi.
Di Kuantan sendiri, jika MPK dan Pelancongan Negeri Pahang dapat menjadikan 'Water Fornt' di Sarawak sebagai 'model' dalam membangunkan kawasan yang dimaksudkan sudah tentu bandar Kuantan akan berubah wajah dan kunjungan pelancong ke kawasan berkenaan akan bertambah seterusnya dapat meningkatkan pendapatan peniaga-peniaga dikawasan berkenaan.
Dalam 'peta' pelancongan di Malaysia, Kuantan bolehlah diibaratkan sebagai sebuah bandar yang sudah 'mati' dan tidak menarik berbanding Kota Bharu dan Kuala Terengganu biarpun Kuantan menawarkan beberapa pusat beli-belah yang menarik. Cherating, Teluk Cempedak, Beserah serta Sungai Lembing bukan lagi destinasi yang mampu menarik pelancong tempatan dan asing untuk datang ke Kuantan. Produk-produk berkenaan harus diperbaharui dan diusahakan dengan bersungguh-sungguh.
Mungkin pendapat dari Persatuan Pemandu Pelancong Pahang serta Persatuan-Persatuan Pelancongan yang ada boleh diambil kira dengan mengadakan satu perbincangan bagi mencari formula bagaimana untuk membangunkan pelancongan di Pahang khususnya di Kuantan supaya akan tetap kekal dan mampu menjana ekonomi pengusaha dalam industri berkenaan.
Janganlah kita berbangga dengan tidak merayakan tahun-tahun tertentu sebagai 'Tahun Melawat Pahang' bahkan sebaliknya menganggap bahawa 'Setiap Tahun Adalah Tahun Melawat Pahang' bagi menutup kelemahan kita kerana kita bimbang apa yang akan jadi nanti adalah 'Setiap Tahun Adalah Tahun Tidak Melawat Pahang' kerana kegagalan kita mempromosikan destinasi pelancongan yang kita ada.
Slap jalan kaki yang usang dan berlumut
Pandangan buruk dan terbiar
Premis yang sudah kosong dan tidak digunakan lagi patut dibaikpulih atau
mungkin menanti pengistaharan sebagai bangunan 'warisan'?
0 comments:
Post a Comment