Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, December 23, 2011

PANAS: PKR PAHANG SEMAKIN GOYANG




Lebih seratus orang ahli PKR telah bertindak keluar parti di Permatang Pauh baru-baru ini. Kita sedia maklum bahawa Permatang Pauh adalah kawasan parlimen dimana wakilnya adalah DS Anwar Ibrahim. Tindakan keluar parti dikawasan kubunnya sendiri dilihat sebagai menconteng arang ke muka Penasihat UMUM PKR itu.

Tindakan berkenaan adalah kerana hilang percaya ahli-ahli dan penduduk dikawasan perlimen berkenaan terhadap parti PKR dan Penasihat UMUMnya sendiri. Selain tidak ada pembangunan yang dilakukan terhadap penduduk di parlimen berkenaan, mereka juga sudah semakin percaya kepada keburukan demi keburukan Anwar yang semakin terserlah ketika ini.

Di Pahang pun sudah semakin ramai ahli PKR yang bertindak meninggalkan parti. Blogger CMK (Cucu Mat Kilau) adalah antaranya yang telah bertindak meningalkan parti sejal awal lagi. Selain itu Mohd Nor Jaafar, antarak orang kanan parti juga telah bertindak meninggalkan PKR dan kini menjadi Ketua Parti KITA Cawangan Negeri Pahang.

Menurut sumber, seorang orang kuat PKR Pahang yang sedang dikenakan tindakan oleh parti akan bertindak keluar parti dalam waktu terdekat untuk menyertai parti KITA.

PKR Pahang semakin tidak stabil dan kehilangan sokongan selain dari sebab hilang kepercayaan terhadap Penasihat UMUM parti, mereka juga semakin tidak menyenangi pemimpin parti peringkat negeri yang disifatkan terlalu berpuak-puak dan berkroni.

Banyak pemerhati politik menjangkakan bahawa PKR Pahang akan hancur dalam waktu terdekat dan sebelum sempat menghadapi PRU akan datang akibat perbalahan diantara kem-kem. Populariti Fuziah Saleh mengatasi Dato' Fauzi Abd Rahman juga salah satu sebab yang meretakkan parti berkenaan.

0 comments:

share2