Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, December 18, 2011

Orang Melayu Bahan Pemuas Nafsu Pemimpin DAP


KEPADA orang Melayu yang berangan-angan mahu bertanding atas tiket DAP, fikirlah 1000 kali.

Sudah ramai orang Melayu yang pernah menjadi aktivis DAP, akhirnya keluar parti kerana menjadi mangsa dipergunakan. Mereka meratap dalam diam kerana penyesalan. Cuma sekerat dua yang tampil membuat pendedahan.

Salah seorang daripada mereka ialah bekas calon DAP, A. Rahman Manap. Beliau menjadi aktivis DAP pada dekad 1990-an dan telah menubuhkan tiga cawangan DAP Melayu. Antara jawatan yang pernah disandang ialah Ahli Jawatankuasa DAP Bayan dan Exco DAP Pulau Pinang.

Beliau pernah bertanding atas tiket parti itu di kawasan Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum 1995 tetapi tewas.


Awang pernah menulis sepintas lalu mengenai beliau ekoran pendedahannya kepada akhbar Suara Perkasa pada Oktober tahun lalu. Menurut Rahman, perjuangan DAP adalah total kepada kepentingan kaum Cina dan parti itu sebenarnya mahu meruntuhkan penguasaan politik Melayu di tanah air ini.

Apa sahaja strategi DAP untuk mendekati hati Melayu hanyalah muslihat sedangkan hakikatnya DAP bersikap anti-Melayu.

‘‘Mereka hanya mahu menjadikan Melayu sebagai alat bagi mencapai cita-cita politik,’’ katanya

Sumber Utusan Malaysia 

Orang melayu yang menjadi calon DAP adalah ibarat keldai dadah. Mereka hanya digunakan untuk kepentingan pemimpin DAP yang rata ratanya cauvinis cina. Sejak tertubuhnya DAP sehingga sekarang, matlamat mereka memang tidak pernah berubah iaitu menghancurkan negara islam yang dipimpin oleh orang melayu.

1 comments:

  • Anonymous says:
    December 19, 2011 at 12:03 AM

    Setahu, sememangnya DAPIGS pejuangkan hak serta budaya warisan kaum. Seorang pemimpin kanan mendedahkan bahawa matlamat menubuhkan Malaysia sebagai "Republik" sekali gus kuasa akan dikongsi bersama selain dari orang Melayu dan Bumiputra. Sekali pun ada juak2 Melayu yang terus bersama mereka nantikan katanya akan dihapuskan secara total termasuk harta benda. Oleh itu sejak sekian lama orang Melayu telah memperlekeh sesama Melayu, memperlekeh Islam untuk dipijak2 oleh kaum yang bakal bergelar YAM yang dipertuan. Pasal hasil mahsul jangan dikirakan jika ada komisen Melayu ini terus kebas tak peduli walaupun kawan dari sekandang dan sekampung hidup dalam melarat....

share2