Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, December 14, 2011

KITA dan PKR Pahang.

Datuk Zaid Ibrahim bersama-sama pemimpin KITA Pahang.


Berbeza dengan Barisan Nasional, PR merupakan pakatan yang longgar. Hanya kebencian mereka terhadap UMNO/BN saja yang mampu mengekalkan mereka sebagai satu pakatan. Ketiga-tiga parti dalam PR mempunyai ideologi yang radikal dan bertentangan. Demi kebencian terhadap BN, mereka ketepikan dahulu agenda parti masing-masing.

Di Pahang, sudah ada ura-ura Azan iaitu MP Indera Mahkota ingin melarikan diri ke Terengganu. Fuziah Saleh kepanasan di Kuantan dengan isu 'terlebih masak' Lynasnya. Sementara masa depan kedua incumbent PKR, parti itu masih tidak pasti dimana akan diselitnya Datuk Fauzi Abd. Rahman. 

PR mensasarkan beberapa kerusi Parlimen di Pahang. Antara yang disebut-sebut adalah Jerantut, Raub, Temerloh dan Cameron Highland. Mereka juga bercita-cita untuk mengekalkan Kuantan dan Indera Mahkota. Dan dalam PRU ke 13 nanti, PR sangat bergantung kepada undi kaum Cina.

Masalahnya sekarang, bagaimana PR akan melayani parti KITA? Ini kerana adanya 'bad blood' antara KITA dengan PKR kerana kebanyakkan ahli KITA adalah pengikut Zaid Ibrahim yang tewas kepada Azmin Ali dalam PKR.

Walaupun pada mulanya KITA bagaikan menyokong BN, kemudian KITA membuat kenyataan akhbar menyokong PR, dan tidak akan meletakkan calon mereka di mana saja PR bertanding. Masalahnya PR akan bertanding di mana-mana saja. Adakah KITA hanya sudi menjadi melukut ditepi gantang? Satu-satunya parti politik berjiwa NGO?

Jika KITA dilihat sebagai pro PR, dan jika Zaid Ibrahim mengubah pendiriannya untuk meletakkan calon ditempat memberi keuntungan kepada partinya, ini akan memecah undi PR. KITA boleh jadi pengacau daun jika tidak boleh menang pun.

Dan antara UMNO dengan PKR, siapa CMK lebih benci kerana CMK mempunyai memori pahit dalam kedua-dua parti ini.

Kita tunggu kenyataan akhbar Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim yang seterusnya. Saya percaya beliau akan terus flip flop.


0 comments:

share2