Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, December 24, 2011

KHIR TOYO BERSALAH DAN DIJATUHKAN HUKUMAN



1. Mantan Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam selepas didapati bersalah berkaitan pembelian 2 lot tanah  dan sebuah banglo bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta pada 4 tahun lalu. (Klik Sini Baca Berita Harian Online)

2. Sistem kehakiman kita masih telus dan adil tidak seperti yang dicanangkan oleh pihak pembangkang. Bahkan perbicaraan Khir Toyo berlaku dengan cepat berbanding dengan sesetengah kes yang sengaja dilewat-lewatkan.

3. Harap tidak ada pihak yang menganggap bahawa perbicaraan pada 9hb. Januari akan datang keatas Anu arr yang masih belum diputuskan lagi sebagai tidak adil hanya kerana mereka sedar bahawa Anu arr memang bersalah dan akan dijatuhkan hukuman. Apakah keadilan mahkamah bagi mereka bermakna mahkamah mesti memutuskan sepertimana yang kehendaki?

4. Apakah keadilan bagi mereka berpihak-pihak? Yakni, apabila mahkamah menghukum Khir Toyo maka mahkamah adil, tetapi apabila mahkamah menghukum Anu arr maka mahkamah tidak adil pula? Bermakna Anu arr akan bebas lakukan apa saja dan jika didakwa maka sistem kehakiman kita pula yang akan dihukum sebagai tidak adil?



0 comments:

share2