Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, December 20, 2011

DAP dan PKR Terus Bercakaran!!!


PULAU PINANG 19 Dis. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik bakal berdepan tindakan saman sekiranya gagal menarik balik kenyataan berunsur fitnah terhadap bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bukit Gelugor, Lim Boo Chang yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina semalam.

Satu notis peringatan daripada peguam Boo Chang, Tetuan Lim Boo Chang telah diserahkan kepada Wei Aik hari ini.

"Notis tersebut telah diserahkan dengan tangan kepada Wei Aik tengah hari ini," jelas Boo Chang dalam kenyataan yang dikirimkan menerusi faks di sini, hari ini.

Dalam notis tersebut, Wei Aik diberi tempoh 24 jam untuk menarik balik kenyataannya itu dan jika gagal akan dikenakan tindakan undang-undang.

Wei Aik dalam kenyataan akhbar itu didakwa menghina Boo Chang dengan menyatakannya mempunyai karakter katak dan bukan manusia.

Rabu lalu, Boo Chang, 56, mengumumkan keluar PKR selepas hilang keyakinan terhadap parti berkenaan yang didakwa gagal menepati janji untuk mereformasikan rakyat selain pertelagahan sesama sendiri dalam kalangan ahli.

Ps: Dah memang tak dapat dinafikan dah. Pakatan Pembangkang ni kian hari kian rebah. Bukan setakat retak menanti belah. Dah nak berkecai dah pun diorang ni.

Sama la jugak dengan yang sedang berlaku dalam Negeri Pahang ni. Makin hari, makin bercanggah dah nampak gayanya diorang ni.

Ada yang kata 'orang' tu dapat habuan. Ada yang kata 'orang' ni ada kepentingan. Yang mana satu betul, entah la.

Tapi yang pastinya, dua - dua pihak ni menipu. Yang ditipunya pulak puak - puak Parti Angguk Saja tu. Itu yang dinamakan sebagai ikatan yang anjal? Kalau dah sampai nak saman menyaman ni, anjal menda kejadahnya. Itu Anjal Kepala Tengkorak dia!!!

0 comments:

share2