Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengecam tindakan Pemuda Umno menggunakan gangster untuk mengugut ibu bapa Adam Adli di Pulau Pinang.
Pertubuhan itu mendakwa Umno turut membuat demonstrasi di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendesak Adam dibuang pengajian.
SAMM kata pengerusinya, Badrul Hisham Shaharin menyatakan solidariti bersama Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memperjuangkan kebebasan akedemik.
“Kita secara terbuka mempertahankan tindakan Adam Adli, 22 tahun, siswa UPSI yang bertindak meminjam tiang bendera di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk menaikkan panji gerakan mahasiswa,” katanya.
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegu Bard berkata, Adam diugut dalam media baru termasuk SMS dan panggilan telefon.
Sumber: FMT
Tak habis habis Chegu Bard ni buat fitnah. Nak lariskan anak ikan Anwar Ibrahim, dia fitnahkan UMNO upah samseng. Padahal PKR sendiri banyak simpan samseng. Kalau tak ada bela samseng, takkanlah peti undi boleh terbang, kerusi meja boleh terbalik semasa pemilihan PKR dahulu.
Cari carilah idea lain. Rakyat Malaysia dah muak dengan cerita fitnah PKR. Nak tahu cerita sebenar mengenai samseng PKR ni, boleh klik sini
Aku respect Che gu Bard yang berani. Berani fitnah, bohong, reka cerita dan berani tak takut dosa dan neraka.