Thursday, December 15, 2011

BORANG 'BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA' DIPALSUKAN


Borang BR1M asli


Borang BR1M palsu



Kerajaan BN melancarkan program 'Bantuan Rakyat 1Malaysia' BR1M dengan mensasarkan bantuan sebanyak RM500 kepada semua keluarga yang berpendapatan rendah dibawah RM3000 sebulan. Borang sedang diedarkan diseluruh negara melalui Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah serta Sekolah-sekolah terpilih. Selain itu, borang juga boleh diluarturun dari laman sesawang LHDN klik sini: http://www.treasury.gov.my/

Orang ramai boleh juga menghubungi talian bebas tol untuk sebarang maklumat dan pertanyaan di Talian hotline : 1-800-222-500.

Terdapat laporan bahawa adanya borang BR1M palsu yangsedang disebarkan oleh pihak tertentu dengan niat untuk memburuk-burukkan BR1M. Oleh yang demikian orang ramai diharapkan dapat berhati-hati agar tidak diperdaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab itu.

Tiada nombor akau bank diperlukan semasa mendaftar untuk mendapatkan bantuan berkenaan. Justeru jangan terpengaruh dengan sebarang muslihat pihak-pihak dan individu-individu tertentu yang menghendaki nombor akaun bank kerana dipercayai adanya niat buruk disebaliknya.

Pembongkaran mengenai kegiatan terkutuk ini dibuat oleh blog Medan Tempur, Amaran mengenainya juga dibuat diblog tun faisal dot com  yang antara tujuan pembangkang adalah ini (klik) Persoalan sama juga ditulis diblog Papa Gomo (sahabat karib Tun Faisal) (klik sini) Blog Pisau.Net juga menulis mengenai pemalsuan berkenaan (klik sini)


0 comments:

Disclaimer

All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.




Sumbangan Kepada keluarga Allahyarham Yang Gambi

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin bersedekah, bank-in sumbangan anda ke akaun berikut:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Bt Ab Aziz

Alexa Traffic Rank

 
Powered by Blogger