Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, November 16, 2011

Kedai Felda Sebertak Koperasi Pertama Sertai Tukar


Kedai Tukar Koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad di sini menjadi kedai runcit milik koperasi pertama di negeri ini yang telah siap dimodenkan di bawah Program Transformasi Kedai Runcit (Tukar).

Kedai milik Koperasi Felda Sebertak Pahang Berhad (KFSPB) itu dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Felda Sebertak, di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Mohd. Zain Mohd. Dom; Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Md. Yusof Samsudin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemayan, Mohd. Padil Osman dan Pengerusi KFSPB, Jaafar Hamli.

Kedai runcit ini juga merupakan salah satu daripada lapan kedai runcit di Pahang yang dalam proses penukaran di bawah program Tukar.

Sementara itu, Jaafar ketika berucap pada majlis itu berkata, kedai koperasi itu ditubuhkan bertujuan membekalkan barangan keperluan dengan harga yang terendah bagi memberi perkhidmatan kepada masyarakat di luar bandar.

“Dengan program Tukar ini diharap kedai ini dapat meningkatkan lagi keuntungan bagi menambahkan pendapatan setiap ahli koperasi,” katanya di sini.

Sementara itu, katanya, KFSPB ditubuhkan pada 1979 dengan keahlian seramai 500 orang yang terdiri daripada peneroka dan ahli keluarga mereka.

“Selain kedai ini, KFSPB turut mempunyai perniagaan yang lain seperti Stesen Minyak Petronas Sebertak dan Setesen Minyak Petronas Mukim Bangau, Temerloh,” katanya.

1 comments:

  • Melaka_ku says:
    November 8, 2012 at 3:17 AM

    salam..sy ada menjual sabun susu beras..jika berminat boleh layari laman blog sy

    www.sabunberasmurah.blogspot.com

    untuk keterangan lanjut...

    terima kasih...

share2