Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 7, 2011

Peneroka Jengka Semakin Mewah


Sejak tanah rancangan Felda Wilayah Jengka dibuka, majoriti rumah asal peneroka telah berubah wajah.

Lebih membanggakan, ada rumah milik peneroka di tanah rancangan Felda Jengka bernilai lebih RM1.2 juta yang layak dipanggil banglo mewah.

Dalam konteks ini, Felda menyediakan skim pinjaman pembesaran rumah yang membolehkan peneroka membuat pinjaman mudah sehingga RM40,000 supaya warga Felda tinggal di kediaman moden dan lebih selesa.

Menurut seorang penerokawati, Salmiah @ Hamidah Ismail, 70, dari Kampung Anggerik Felda Jengka 1, dia kini amat selesa tinggal di banglo mewahnya bernilai lebih RM1 juta hasil kelapa sawit.

Menurutnya, banglo yang mempunyai enam bilik yang dibina dua tahun lalu itu sebenarnya tidak pernah diimpikan.

''Dua anak saya yang juga merupakan peneroka bersetuju membiayai pembinaan rumah ini,'' katanya.

Salmiah yang merupakan balu kepada peneroka, Allahyarham Mohamad Kamdan merupakan pasangan pertama ketika Felda Jengka Tiga Segi sekitar 1960-an.

Baca selanjutnya disini

Sejak awal penubuhan Felda, Kerajaan tidak sesekali mengabaikan para peneroka. Sebenarnya para peneroka sepatutnya bersyukur kerana banyak mendapat manafaat berbanding penduduk luar. Dan jika ada peneroka yang hidupnya susah, itu adalah salah mereka sendiri kerana malas berusaha dan boros berbelanja. Bukannya kerana salah Felda dan Kerajaan. 

Bersyukurlah seandainya anda adalah peneroka Felda kerana anda bertuah dapat masuk Felda.

1 comments:

  • Megat Alam Gempita says:
    July 7, 2011 at 1:19 PM

    Syukur pada Allah, terima kasih kerajaan UMNO/BN kerana membantu ibu-bapaku dan kaum kerabat yg dulu miskin kedana dihina kini menjadi jutawan di Tanah Rancangan Felda.

    Hanya puak lebai malang berkepiah putih sahaja yang kufur nikmat Allah, duit Felda sapu, tapi dok cerca kerajaan dan Felda...tak ke nama makan rezeki haram tuh?, patut bengap anak beranak!

share2