Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 29, 2011

Kerajaan Negeri Yang Terbuka!!!


Ini satu kelainan yang ada dalam Negeri Pahang. Dan rasanya, tak de lagi Negeri lain yang buat pendekatan seumpama ini.

Nak pulak Negeri - Negeri dibawah pemerintahan Pakatan Pembangkang. Kalau disuruh buat macam ni, mau ketar lutut masing - masing.

Kalau boleh, mati hidup semula pun diorang tak nak jumpa dengan rakyat dan membiarkan mereka bertanya serta membangkitkan sebarang isu setempat.

Bagi diorang, komunikasi diantara pemimpin dan rakyat ni hanya satu hala sahaja. Maknanya, biar diorang je bercakap. Rakyat kena ikut je cakap diorang.

Tapi lain pulak yang dilakukan oleh Menteri Besar Pahang ni. Beliau bersama - sama dengan Barisan Exco Kerajaan Negeri bukan setakat memberi penjelasan mengenai isu semasa je.

Sambil tersenyum, mendengar masalah rakyat.
Malah beliau turut membuka ruang untuk rakyat di Jerantut, terutamanya Pengerusi JKKK mengadu masalah dan juga memberi cadangan.

Bukan setakat untuk ahli UMNO atau penyokong Kerajaan Barisan Nasional je ye. Di Jerantut ni siap ada wakil dari DAP lagi yang bangun untuk mengadu masalah.

Kenapa dia tak mengadu dengan kepimpinan DAP je ek? Kenapa nak kena mengadu dengan MB Pahang? Kata MB Pahang, beliau sebagai ketua pemimpin tak kira latar belakang Politik.

Wakil DAP turut mengadukan masalah.
Kerja beliau untuk rakyat. Dan tak kira la rakyat tu dari parti mana sekali pun, beliau tetap bertanggungjawab terhadap mereka.

Itulah erti ketelusan dan kejujuran dalam pentadbiran. Bukan macam kat Negeri Pembangkang. Baru buat satu Program dengan rakyat, dah tergagap - gagap nak jawab soalan. 

Tapi nak sangat jaga kebajikan rakyat KONON. Nak dengar masalah pun diorang tak nak, nak jaga kebajikan menda kejadahnya!!! Ceit!!! Pigidah!!!

0 comments:

share2