Al-Quraan juga dipersendakan oleh orang khafir
Apakah didalam Islam dibolehkan untuk orang kafir membaca Quran atau membaca hadis Nabi saw? Banyak ulamak-ulamak terdahulu termasuklah dikalangan ulamak Mahzab Syafie sendiri bersetuju bahawa orang kafir tidak ditegah untuk membaca Quran diatas alasan, mereka itu tak tahu akan kehormatan kitab Allah tersebut.
Seorang bekas Ketua Lajnah Fatwa Al-Azhar juga mengatakan bahawa , golongan bukan Islam tidak ditaklifkan dengan syariat dan hukum-hakam Islam kerana asal syariat itu tidak terdapat di sisinya. Maka mereka tiadalah halangan untuk membaca, membawa dan menyentuh al-Quran al-Karim walaupun tanpa wudhuk.
Manakala sebahagian ulama lagi berpendapat, Golongan bukan Islam turut ditaklifkan dengan hukum-hakam dan permasalahannya. Mereka juga akan dihisab oleh Allah Taala di atas pentaklifan syariat ini. Maka mereka tidak dibolehkan untuk membaca, menyentuh atau membawa al-Quran al-Karim jika tidak berada di dalam keadaan bersuci.
Tetapi jangan pula kita salah faham dan salah tafsir. Semua perbuatan yang dibenarkan oleh para cendikiawan Islam dan para ulamak terdahulu itu tadi hanyalah tertakluk kepada orang kafir yang berminat dengan agama Islam dan berniat untuk mempelajarinya dengan lebih mendalam lagi. Jika hanya mahu membaca sekadar untuk mencari modal politik atau mendapatkan kepentingan dari perbuatan tersebut, ianya tetap salah dan tak dibenarkan.
Ini bermakna, pemimpin-pemimpin politik kafir didalam negara ini tak seharusnya menggunakan ayat Quran ataupun hadis didalam hujah mereka kerana sudah jelas tujuan mereka hanya mahu mendapatkan kepentingan dari ayat serta hadis tersebut. Selain itu, mereka menghafal ayat kitab dan hadis bukanlah kerana mereka benar-benar mahu mendalami islam, tetapi mereka hanya mahu mempergunakan agama Islam sahaja.
Bukankah semua ini menunjukkan penghinaan mereka terhadap agama Islam? Apabila agama Islam secara terang dipergunakan oleh orang kafir didalam menjuarai hujah politik mereka, adakah kita boleh kategorikan itu sebagai satu kejayaan umat Islam berdakwah kepada orang bukan Islam? Sejak bila pula penghinaan terhadap agama ditafsirkan sebagai penghormatan bagi kerja-kerja dakwah? Ini adalah satu pengertian yang amat salah!
Kita harus menyedari bahawa prinsip Islam itu sangat jelas didalam menangani penghinaan terhadap agama. Sebenarnya, tiada tolak ansur langsung ke atas setiap usaha yang dilihat menjadi penghinaan kepada Quran dan Sunnah baginda Rasul. Umat Islam dituntut supaya mempertahankan kemuliaan agamanya daripada dirosakkan oleh para kafir laknatullah.
Umat Islam keseluruhannya diwajibkan untuk mempertahankan kesucian ayat kitab dan hadis daripada dihina. Tak kiralah penghinaan itu datangnya dari umat Islam sendiri apatah lagi dari pihak kafir. Jadi apakah kita semua sanggup bertoleransi apabila ada pihak yang mempunyai kepentingan didalam politik mempersendakan agama dan juga membenarkan kafir menghina Islam?
Umat Islam dipertanggung jawabkan untuk memperkenalkan Islam kepada orang kafir, bukannya membenarkan mereka menjadikan Islam itu sebagai modal politik mereka. Jika ada parti politik yang katanya mahu berdakwah kepada orang-orang kafir didalam satu parti lain, Al Quran dan Sunnah perlu diperjelaskan dan diterangkan sehabis baik. Bukannya sekadar membiarkan kafir-kafir itu menafsirkan agama Islam dengan pengetahuan mereka sendiri sahaja.
Inilah yang sebenarnya gagal di dilakukan oleh pihak-pihak yang kononnya mahu berdakwah didalam negara. Islam menjadi bahan mainan golongan kafir akibat dari kegagalan mereka yang berjubah dan berserban ini menunaikan tanggung jawab dakwah yang sebenar. - MYKMU
0 comments:
Post a Comment