A. Samad Said menulis sajak 'Peludah Warna' melontar marahnya kepada penghalang perhimpunan bersih. Baca sajaknya dibawah ini:
(Dari MalaysiaKini)
Peludah Warna
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
A Samad Said
Tanya berjawab kata bersahut, seorang penyajak yang tak ternama membalas sajaknya begini:
(Dari Blog Beranikan Hati)
Penjilat Warna
kuning itu bukan lagi warna bersihbukan lagi sebagaimana putihkerana cemar oleh segala najis;penjilat warna ~negara menjulang namamu
sastrawan ulung teragung
mengangkat martabat bangsa
mengharum aroma bunga-bunga
namun warna keramat bertukar kelam
sebuah nama juga mancatat sejarah hitam
A Samad Shit,
rambut dan janggut putih
wajah yang nampak bersih
berbaur dengan kehitaman hati budi
anak bangsa yang memungkiri janji
melepaskan tali teraju layang-layang yang
sedang terbang
menerpa angin menerjah awan
kiranya jadi petualang
bila mati tidak tersurat
dipusara seharusnya bertaburan bunga-bunga
namun yang ada hanyalah
sehelai kertas tertulis:
'disini seorang pahlawan mati
bergelumang najiskerana tersalah langkahkecundang menyongsong arah'
Mampukah samad said mencuci najisnya dgn kain kuning?