Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 13, 2011

Bantu Anak Orang Asli Cemerlang


Seramai 162 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Runchang di sini berpeluang berinteraksi dan beramah mesra bersama 20 mahasiswa Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sekolah tersebut, baru-baru ini.

Program dikenali sebagai Kilauan Mutiara Sinar itu dikendalikan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC), Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Pusat Pengajian Berterusan dan Pembangunan Profesional (CENFED) UMP.

Program tanggungjawab sosial korporat ECERDC itu memberi tumpuan kepada anak-anak Orang Asli peserta Taman Agropolitan Runchang di sini diberi motivasi dan galakan kepada mereka agar menjadi insan cemerlang. Turut hadir Penolong Kanan Pentadbiran SK Runchang, Anuar Zabidi Mohamed Ali; Penasihat Kelab In-Smartive UMP, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd. Zain dan Ketua Penyelaras Sinar ECER UMP, Mohd. Zainal Bahari.

Turut diadakan pada program itu adalah ceramah keibubapaan yang disampaikan pensyarah UMP, Wan Nazrul Helmy dengan disertai ibu-bapa dan penjaga murid terbabit.

Sementara itu, Pengarah CENFED, Dr. Omar Jamaludin menyeru masyarakat setempat menghargai komitmen dan keprihatinan kerajaan untuk meningkatkan kecemerlangan akademik murid sekolah terutama di luar bandar.

''Kerajaan sentiasa prihatin terhadap golongan muda yang bakal menerajui negara ini dan tidak mahu mereka ketinggalan dalam arus pembangunan hari ini ," katanya.

0 comments:

share2