KUALA LUMPUR 3 Mei. – Kerajaan akan terus memantau dan mengambil tindakan bagi mengelakkan fahaman pelampau dan fanatik agama daripada tersebar ke negara ini.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, antara langkah yang diambil adalah dengan memupuk toleransi di kalangan rakyat selain menekankan kesederhanaan seperti dianjurkan oleh Islam. Selain itu, katanya, penekanan terhadap bidang pendidikan turut diberi bagi mengatasi kejahilan, kemunduran, buta huruf serta menyediakan peluang kepada mana-mana individu untuk keluar daripada kemiskinan.
“Komuniti antarabangsa perlu mengambil kira punca berlakunya keganasan, fahaman melampau selain kewujudan kumpulan-kumpulan pengganas bagi mencegahnya daripada berleluasa.
“Malaysia percaya keganasan boleh ditangani dengan efektif sekiranya tumpuan diberi terhadap perkara itu. Ia penting untuk mengatasi konflik dan penindasan yang menyumbang kepada keganasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan berikutan kematian pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang dibunuh tentera Amerika Syarikat semalam. Beliau menambah, kerajaan dalam pada itu berpendirian langkah-langkah pencegahan keganasan antarabangsa tidak seharusnya melanggar kedaulatan dan keutuhan wilayah sesebuah negara.
“Keganasan tidak patut dikaitkan dengan mana-mana kaum, budaya atau agama kerana ia hanya akan meningkatkan polarisasi dunia yang menyumbang kepada pergolakan,” tegasnya.
Walaupun al-Qaeda tak ada di malaysia, tapi parti adik sepupu tiri mereka ada, iaitu PAS. PAS pun suka mengganas juga. Mengganas tak tentu arah. Hal islam dia tak ambil peduli. Tapi bila DAP dikritik, PAS pulak yang melenting. Sama juga dengan kes gayboy tua. Bila gayboy tu kantoi di mahkamah, PAS jugalah yang melenting mempertahankan gayboy tu. Agama pun tidak mengalakkan kita berbuat keganasan.
0 comments:
Post a Comment