Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 8, 2011

Pahang Daily Online Tidak Gentleman.

Portal PDO yang telah lama menabur fitnah di sana sini bersikap tidak gentleman dan prejudis. Dalam posting bertajuk Artikel Blog Berunsur Hasutan dan Perkauman, PKR 'Buat Laporan Polis' Terhadap 'Blogger' Pro Umno 'Si Braveheart' di IPD Kuantan Sebentar Tadi! PDO telah mengaitkan beberapa blogger lain selain Braveheart sebagai kononnya 'telah dipelihara' dan 'tajaan' kerajaan Negeri Pahang.

Sebagai portal yang sering mengelirukan masyarakat, seperti dalam hal Lynas sebagai contoh, portal yang didalangi oleh PKR ini tidak langsung menunjukkan profesionalisme mereka dalam berblog. Kita faham, PDO merupakan portal pembangkang, namun apabila semua usaha murni kerajaan dispin dan fitnah, dan mengheret kerajaan 24 jam berpolitik, ini merupakan perkembangan tidak sihat sesebuah negara demokrasi.

Jika Braveheart menulis sesuatu dalam blog Braveheart, beliau bertindak demikian atas kapasiti beliau sebagai blogger Braveheart, dan ini tidak ada kena mengena dengan Pahang-ku. Saya membaca artikel Braveheart yang dipertikaikan, bahasa Braveheart lebih lembut jika dibanding dengan cadangan DAP ingin mengKristiankan Malaysia, atau menjadikan Kristian agama rasmi Malaysia.

Mungkin hujah saya akan disanggah mereka kerana saya rakan kepada Braveheart. Dalam negara demokrasi mereka bebas membuat laporan polis dan memang ini saja sebenarnya kepandaian parti PKR yang makin lama makin meroyan ini. Kita tunggu hasil siasatannya.

Namun PKR yang makin hilang arah dan bakal berkubur ini sedang menjalankan agenda jahat dimana-mana. Tidak ada satu kebaikan dari PKR dari segi 'menyumbang' kepada masyarakat kecuali menghasut orang membenci, membenci dan membenci. Rakyat tidak sepatutnya mengundi parti yang menjadikan 'kebencian' sebagai ideologi mereka.

1 comments:

  • blueocean.com says:
    June 16, 2011 at 11:27 PM

    artikel PDO biarlah berasas untuk ditatapi.jadilah pembakang yang membantu dan sebuah badan yang adil dalam mengutarakan sesuatu isu.jadikan PDO sebagai satu sumber pembangunan minda yang positif kepada generasi Malaysia.dengan ini ia akan dihormati dan sanjungi olih rakyat jelata.elakkan fitnah memfitnah kerana akhirnya yang untung adalah bangsa lain.

share2