Berikut kami paparkan berita terkini mengenai tragedi tanah runtuh di Hulu Langat yang menyayat hati.
Tragedi tanah runtuh: Lima maut sehingga jam 8 malam
2011/05/21
KAJANG: Polis mengesahkan sehingga jam 8 malam ini lima orang maut dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak Yatim Al-Takwa FELCRA Semungkis, di Hulu Langat, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, berkata 12 berjaya diselamatkan daripada tempat kejadian berkenaan.
Beliau berkata, pasukan penyelamat dan polis akan meneruskan operasi menyelamat sehingga menemui semua mangsa kejadian. "Kita tidak akan berhenti dalam operasi ini, kita akan teruskan sehingga jumpa semua mangsa," katanya. - Sumber daripada Berita Harian Online.
Di laporkan juga, setakat ini pasukan penyelamat masih dalam usaha mencari tiga belas orang lagi mangsa yang terperangkap. Untuk laporan penuh, klik disini.
Semut juga turut dimaklumkan bahawa Timbalan Perdana Menteri akan turun untuk melihat keadaan dan mendapatkan makluman daripada pasukan penyelamat mengenai situasi terkini.
Tan Sri Muhyiddin Yasin juga akan turut ditemani oleh Datuk Seri Noh Omar, Dato Shaziman, Dato Sri Liow Tiong Lai, dan Datuk Dr. Hassan Ali.
Semut doakan agar semuanya berjalan lancar dan ke semua mangsa yang terlibat dapat diselamatkan secepat mungkin.
Semoga Allah S.W.T memberkati mereka yang sedang bertungkus lumus melaksanakan tugas mereka. Hanya Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas jasa mereka. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment