Jurucakapnya Yusri Mohamad, perkara itu dikesan melalui perkembangan terkini melibatkan hubungan Islam-Kristian. Tambahnya, pelantikan exco bagi menangani hal ehwal bukan Islam di Pulau Pinang dan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kritian Datuk Seri Idris Jala untuk menangani isu Bible berbahasa Melayu mengancam dan menggugat kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
Yusri berkata, tiada sebarang peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan tentang pembentukan badan untuk hal ehwal bukan Islam. Sehubungan itu, bekas presiden Angkatan Belia Islam (ABIM) itu berkata, perkara itu menjadikan bidang kuasa Idris tidak menurut perlembagaan.
"Memang (ada ancaman). Walaupun PEMBELA sudah bergerak sebelum ini, seperti kes murtad Azlina Jailani. Ini bukan kali pertama kita bergerak. Ancaman atau gugatan ada musim; dan menjadi lebih serius. Ini ada kecenderungan... (menjadi) sesuatu tekanan kuat terhadap cara kita mengendalikan isu-isu agama berkaitan Islam.
Yusri berkata, pihaknya bimbang kepada usaha menyamatarafkan agama di negara ini. - MalaysiaKini
Kalau nak salahkan siapa, salahkan dulu PAS dan Anwar Ibrahim. Kerana merekalah puak Nasrani berani membuat permintaan begini. Kerana kerakusan Anwar untuk berkuasa, dia sanggup berjanji untuk mengadaikan agama islam.
0 comments:
Post a Comment