Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 18, 2011

Tinggalkan Bangsa Rasis


SYABAS rakyat Sarawak kerana memberi semula mandat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) mentadbir negeri itu. Awang berharap kerajaan baru Sarawak dapat mengembalikan semula kepercayaan itu kepada rakyatnya dengan bersungguh- sungguh.

Rakyat Sarawak masih mengharapkan banyak bantuan daripada kerajaan, terutamanya kaum Bumiputera yang cukup taat kepadanya. Sudah sampai masanya kerajaan Sarawak memberi perhatian sepenuhnya kepada pembangunan di kawasan-kawasan yang menyokongnya.

Kuatkan pusat-pusat pentadbiran di luar-luar bandar bagi memastikan pembangunan di situ diperhebatkan.
Lantiklah barisan Kabinet yang terdiri daripada kepimpinan baru yang mantap dan berhati rakyat. Jika di sepanjang kempen pilihan raya, para calon berhempas- pulas turun ke bawah ‘menyembah’ memohon ihsan rakyat memberi undi, maka pastikan barisan kepimpinan baru ini tidak mengabaikan mereka.

Bawalah masuk banyak pelaburan, supaya peluang pekerjaan dapat diwujudkan untuk rakyat Sarawak.
Perhebatkan pembinaan prasarana rakyat seperti bekalan elektrik, jalan raya dan air di semua kawasan kaum Bumiputera yang masih ketinggalan. Binalah rangkaian jalan sehingga ke kampung terpencil sekali pun.

Ingat, kaum Bumiputeralah yang memberi sokongan padu sehingga Sarawak dapat ditadbir semula oleh BN.
Pulangkanlah semula rasa terima kasih itu kepada mereka.
Awang – Sudah terang, lagi bersuluh. - Utusan Malaysia

Sejak akhir akhir ini sudah nyata undi kaum cina sudah tidak lagi memihak kepada BN. Apatahlagi kepada PAS mahupun PKR sebaliknya hanya kepada DAP semata mata. Adakah ini adalah isyarat bahawa kaum cina sudahpun memulakan gerakan untuk mengambil alih pemerintahan negara setelah mereka menguasai ekonomi? 

Jika dilihat melalui perlembagaan, memang wakil DAP tidak akan boleh menjadi PM. Tetapi DAP akan menggunakan boneka melayu yang terdiri daripada PKR dan PAS untuk menjalankan cita cita mereka. Perkara ini boleh dilihat semasa Perak dibawah pemerintahan pembangkang. Walaupun Nizar yang berasal dari parti PAS menjadi MB, tetapi big boss dibelakangnya adalah parti DAP.


Oleh itu selepas ini adalah wajar Kerajaan menumpukan perhatian yang lebih kepada golongan bumiputera dan juga golongan india. Usah biarkan lagi hati mereka terluka seperti pru yang lepas. PRN Sarawak telah membuktikan bahawa Kerajaan tidak memerlukan undian kaum cina untuk menang. Sebaliknya sokongan dan perpaduan golongan bumiputera dan kaum india boleh menghancurkan niat jahat kaum ultra kiasu ini.

0 comments:

share2