Dr. Sim Kui Hui, Calon N.10 Pending
Menunjukkan pelan perancangan yang akan dijalankan kelak
Crew PahangKu diundang untuk sesi ramah-mesra dengan calon BN Pending di kediaman beliau di No 100, Jalan Wan Abdul Rahman, Kenyalang Park.
Ketika tiba, kediaman berkenaan nampak gelap dan tiada langsung tanda-tanda bahawa beliau adalah calon pilihan raya bagi negeri Sarawak kerana langsung kibaran bendera atau poster - beginilah keadaan pilihan raya di Sarawak yang tidak pernah sepanas kempen di Semenanjung.
Kami terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sehingga tokoh yang ingin kami temui pulang dari program ceramah yang beliau adakan.
Tokoh berkenaan, Professor Dr. Sim Kui Hui adalah calon BN bagi kerusi N 10 Pending, mewakili BN - SUPP. Akan bertentap dengan Penyandang, Violet Yong dari DAP yang mendapat majoriti sebanyak 4,372 dalam pilihanraya yang lalu.
Memang bukan senang tugas dan tanggungjawab yang dipikulnya, namun beliau adalah seorang yang tabah dan dedikasi dalam tugas. Sebagai seorang doktor pembedahan yang sudah mencapai ketahap antarabangsa, beliau sudah ada keberanian dan kekuatan dalam dirinya bagi mengaturkan perjuangan untuk rakyat Sarawak.
Sebagai rekod, beliau adalah calon yang pertama sekali dinamakan oleh Perdana Menteri bagi pilihan raya negeri Sarawak ini, ini mungkin kerana Perdana Menteri sendiri sudah mengkaji latar-belakangnya jauh sebelum waktu pilihan raya tiba.
Bercerita mengenai pemilihannya sebagai calon dalam pilihan raya negeri Sarawak ini, beliau berkata bahawa beliau menerima panggilan telefon dari Perdana Menteri yang memaklumkannya sendiri mengenai pemilihannya itu. Ini beliau anggap sebagai satu penghargaan tinggi buatnya.
Kami terpaksa beliau tinggalkan walaupun secara keberatan kerana beliau masih ada beberapa program kempen yang akan dilakukan meskipun hari sudah beransur lewat. Sebagai anak Malaysia, kami serta beberapa petugas media lainnya mendoakan kemenangan akan memihak kepada beliau selaras dengan slogan yang dipilihnya bagi kempennya; Real Heart, Real Action, Real Change!
0 comments:
Post a Comment